Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

[Video] Lelaki Curi Getah Sekerap, Parah Dibelasah Penduduk Kampung

TINDAKAN seorang pemuda yang mencuri getah sekerap mengundang padah, selepas lelaki itu cedera parah dibelasah penduduk kampung

Lelaki Curi Getah Sekerap, Parah Dibelasah Penduduk Kampung – TINDAKAN seorang pemuda yang mencuri getah sekerap mengundang padah, selepas lelaki itu cedera parah dibelasah penduduk kampung.

Dalam satu video tular yang dimuat naik di aplikasi Telegram Update Info memaparkan lelaki tersebut cedera berlumuran darah di kepala.

“Lama dah kami tunggu hang (kau). Ini anak h** ini mencuri lagi.

“Baru hang tau langit tinggi rendah malam ini,” kata si perakam.

Suzaimi memberitahu, pemandu pacuan empat roda tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra, di sini, untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Turut kedengaran suara seorang individu yang disyaki pemilik kebun getah berkenaan memaki lelaki tersebut.

“Hang b**. Aku susah payah kerja, hang tak buat kerja. B*** hang ni.

“Ni hang nak pi mana ni? Hang nak balik rumah atau duduk penjara?” katanya.

Turut tular satu video rakaman yang menunjukkan motosikal lelaki tersebut dibakar beberapa individu terbabit.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Kampung Bukit Tembaga, Kuala Nerang, Kedah.

Belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung insiden itu.

SUMBER : MAJORITI

Baca : Terkejut Suami Cuci Kereta Sampai RM950, Netizen Bantu Beri Penjelasan

Asap Tebal Hingga Mengeluarkan Bau Pelik, Rupanya Ini Yang Buat Orang Awam Panik

Jangkaan Hayat Penduduk Malaysia Meningkat Menjelang 2030

Share This Story

Berita Berkaitan