Lelaki Dikecam Kerana Akui Mampu Berbini Dua Dengan Gaji RM1,500 – Ketika ini, boleh dikatakan kos sara hidup kian meningkat dan pastinya gaya hidup sudah berubah sedikit demi sedikit. Bukan hanya bujang yang hidup di kota terkesan tetapi hampir semua orang terkesan dengan keadaan ekonomi sekarang.
Terbaharu, sebuah video TikTok tular di media sosial dimana menunjukkan luahan dalam bentuk tulisan yang ditulis oleh seorang suami terhadap isterinya selepas 2 tahun mereka berkahwin.
@dhaliashah Semoga kalian dijodohkan dengan suami yang faham akan tanggungjawab dlm rumahtangga dan sedar diri 😇 #fyp #rumahtangga #perkahwinan #fypシ #kisahviral
Menerusi luahan tersebut, si suami meluahkan perasaan mengatakan bahawa dirinya mulai berasa bosan apabila isterinya tidak lagi menjaga kecantikan diri selepas melahirkan anak pertama mereka. Malah, dia juga telah memberikan RM50 sebulan kepada isterinya dan sepatutnya bolehlah isterinya membeli keperluan agar boleh mencantikkan lagi dirinya.
Tidak hanya itu, dia juga mengatakan bahawa dirinya mampu untuk berkahwin lain dan gaji pokokya sekitar RM1,500 termasuk bekerja lebih masa. Luahan lelaki terbabit telah meraih perhatian orang ramai dan mengundang kemarahan netizen.
Its always men who dont earn enough that complains so much about their wifes beauty etc https://t.co/Je12xJjDFj
— Nat (@Natewsheus) July 20, 2022
Just 50 ringgit…. just my skincare products and makeups all together costs over 1k, what makes he thinks 50 bucks can buy a whole sephora store products and 1.5k sallary could carry two wives… https://t.co/R3y1hmPMTX
— ikan kelly (@acovstcel) July 19, 2022
Para netizen juga mengecam lelaki itu kerana kenyataan dia yang mengatakan bahawa RM50 cukup untuk membeli barangan kecantikan diri sedangkan harga ‘skincare’ bukanlah murah dan boleh mencecah lebih RM300. Malah, rata-rata netizen turut berpesan kepada para wanita di luar sana untuk miliki simpanan sendiri dan tidak terlalu bergantung pada suami.
SUMBER : THEVOCKET
Baca : [Video] Menakutkan ! Rupa Hantu Penanggal terakam dalam video undang perasaan seram netizen
Buku Bertemu Ruas, Scammer Kena Santau Dengan Mangsa Sampai Muntah Paku
Mangsa kes bunuh dalam keadaan berbogel dan suspek berkawan melalui aplikasi ‘gay’ di media sosial