Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Burger Tepi Jalan ‘harga Yahudi’, wanita ini terkejut kata lagi mahal dari burger McD

Burger Tepi Jalan 'harga Yahudi', wanita ini terkejut kata lagi mahal dari burger McD

Geram burger tepi jalan harga RM23, “McD lagi murah!” Burger sememangnya merupakan salah satu menu popular yang digemari ramai tanpa mengira usia.

Apabila bercakap mengenai menu ini, boleh dikatakan ramai yang bersetuju bahawa burger jalanan adalah yang terbaik kerana cara penyediaannya yang tersendiri selain kaya dengan bahan-bahan, malah harganya lebih rendah berbanding yang dijual di restoran makanan segera.

Dek kerana menjadi salah satu menu makan malam atau lewat malam (supper) yang paling popular, kita dapat menyaksikan gerai-gerai burger diibaratkan cendawan tumbuh selepas hujan sekali gus menyediakan pilihan yang pelbagai buat penggemarnya.

Wanita tersebut terkejut apabila harga burger ayam special yang dibeli di tepi jalan berharga RM11.50 sebiji.

Bagaimanapun perkongsian kisah seorang wanita mengenai pengalamannya membeli burger dari gerai jalanan baru-baru ini, menarik perhatian ramai. Bukan disebabkan keenakannya, sebaliknya harga burger yang dibeli dari gerai tepi jalan berkenaan membuatkan rata-ratanya tercengang.

Menurut wanita berkenaan dalam satu posting di Facebook, dia mengunjungi sebuah gerai burger berdekatan sebuah bank di Kepong, Kuala Lumpur untuk membeli dua burger ayam special.

Namun dia benar-benar terkejut sewaktu mahu membuat pembayaran apabila diberitahu penjaja berkenaan bahawa harga burger pesanannya adalah RM23.

“Saya bertanya kepada penjaja itu tiga kali untuk mendapatkan kepastian, dan dia beritahu ia adalah harga untuk burger ayam special,”kata wanita berkenaan.

Ini bermakna harga untuk sebiji burger ayam special adalah RM11.50 di mana ia lebih mahal daripada burger yang dijual di restoran makanan segera.

“Gerai burger tepi jalan di Taman Sri Muda, Shah Alam… Double ayam special RM4.50.”NETIZEN

Wanita tersebut kemudian membuat perkongsian mengenai pengalamannya itu di Facebook. Agensi

Baca: Orangutan Diberi Rokok Undang Kemarahan Orang Ramai

Kurangkan Sperma, Pil Perancang Kehamilan Untuk Lelaki Yang Bakal Dipasarkan

Sosok Misteri Dirakam CCTV Di Zoo Cetus Pelbagai Teori Netizen

Share This Story

Berita Berkaitan