Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Malaysia langgar MoU, Penghantaran pekerja Indonesia ke Malaysia dibekukan

Malaysia langgar MoU, Penghantaran pekerja Indonesia ke Malaysia dibekukan

Malaysia langgar MoU, Penghantaran pekerja Indonesia ke Malaysia dibekukan. Indonesia akan melaksanakan pembekuan sementara ke atas penghantaran semua pekerja ke Malaysia serta-merta berikutan pelanggaran syarat-syarat dalam memorandum persefahaman (MoU) bagi pengambilan dan perlindungan pekhidmat domestik Indonesia (PDI) di Malaysia.

Portal MalaysiaKini melaporkan, Duta Besar Indonesia ke Malaysia Hermono mengesahkan kepada portal berita itu bahawa surat rasmi berhubung keputusan ini telah diserahkan kepada Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan pada Selasa.

Jelas Hermono, penggunaan berterusan Sistem Maid Online (MOS) oleh Jabatan Imigresen Malaysia dalam pengambilan pekhidmat domestik Indonesia merupakan pelanggaran MoU yang ditandatangani pada 1 April.

“Kami mempunyai bukti kukuh bahawa Jabatan Imigresen bawah Kementerian Dalam Negeri terus menggunakan MOS untuk pengambilan pekhidmat domestik Indonesia ke Malaysia,” ujar Hermono

Baca: “Penutupan kelab komedi tersebut tidak adil” – Syarifah Amani

[Video] Rakaman ular sepanjang 6 kaki merayap masuk kedai, pengunjung jerit ketakutan

Video pekerja terima bungkusan yang menakutkan undang rasa seram netizen

Share This Story

Berita Berkaitan