Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Mangsa kes bunuh dalam keadaan berbogel dan suspek berkawan melalui aplikasi ‘gay’ di media sosial

Mangsa kes bunuh dalam keadaan berbogel dan suspek berkawan melalui aplikasi 'gay' di media sosial

Mangsa kes bunuh dalam keadaan berbogel dan suspek berkawan melalui aplikasi ‘gay’ di media sosial. Polis dalam proses mengenal pasti identiti mangsa kes bunuh yang dipercayai terjatuh dari tingkat 17 sebuah kondominium di Kelana Jaya, di sini pada 12 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, setakat ini masih belum ada individu tampil bagi bagi mengenal pasti identiti mangsa yang dipercayai warga asing itu.

“Siasatan berkaitan kejadian masih dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya

Menurutnya, berdasarkan hasil siasatan mendapati, kedua-dua suspek terbabit mengenali mangsa menerusi satu aplikasi ‘gay’ di media sosial.

“Mangsa dipercayai sudah beberapa kali datang bertemu kedua suspek di lokasi kejadian yang juga rumah suspek.

“Mangsa dipercayai meninggal dunia sehari sebelum mayatnya dijumpai oleh pengawal keselamatan kondominium berkenaan dalam keadaan bogel,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Petaling Jaya di sini pada Isnin.

Sebelum ini, polis menahan dua lelaki tempatan berumur 40-an yang dipercayai terbabit dalam kes bunuh melibatkan seorang individu di sebuah kondominium di Kelana Jaya di sini pada 12 Julai lalu- Sinar Harian

Baca: Suspek Bunuh Isteri Dan Anak Terpinga-pinga Ketika Didakwa, Perlu Jalani Pemeriksaan Mental

Lelaki buat ‘amal jariah sedekah’ rokok kepada orang ramai selepas solat jumaat cetus pertikaian netizen

Anjuran Pesta Bogel Hingga 600 Lebih Pengunjung Yang Sertai

Share This Story

Berita Berkaitan