Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Mayat Reput Dijumpai Ketika Membersihkan Perut Lembu Korban

Mayat Reput Dijumpai Ketika Membersihkan Perut Lembu Korban

Mayat Reput Dijumpai Ketika Membersihkan Perut Lembu Korban – TUMPAT – M4yat seorang lelaki yang sudah reput dengan sebahagian anggota badan dipercayai dimakan haiwan ditemui dalam keadaan terapung di Sungai Kampung Lubuk Kawah, Pulau Teluk Rejuna dekat Palekbang di sini semalam.
M4yat lelaki yang dipercayai sudah meninggal dunia dalam tempoh 36 jam itu dijumpai kira-kira pukul 11 pagi tanpa sebarang pengenalan diri.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, sepasukan dan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat mengenai penemuan m4yat tersebut.
Menurutnya, m4yat lelaki itu telah dibawa ke darat untuk pemeriksaan sebelum dihantar ke Hospital Tumpat di sini untuk dibedah siasat.
“Hasil bedah siasat mendapati m4yat sudah reput dengan bahagian anggota badannya telah dimakan haiwan selain sudah meninggal dunia dalam tempoh 36 jam.

“Punca kem4tian mangsa masih belum dapat dikenalpasti kerana keadaan m4yat sudah reput. Selain itu, Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat juga tidak menerima sebarang laporan orang hilang dalam tempoh terdekat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Amran berkata, sampel yang diterima dari hospital akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa.

Sementara itu, seorang penduduk Pulau Teluk Rejuna yang hanya mahu dikenali sebagai Faridah,50, ketika dihubungi Kosmo! berkata, penemuan m4yat mangsa disedari oleh seorang penduduk kampung ketika membasuh bahagian perut lembu korban pagi semalam.
Menurut wanita itu, penduduk berkenaan melihat satu objek terapung di tepi sungai berkenaan semasa sibuk menjalani ibadah korban yang dilakukan tidak jauh dari sungai itu.

SUMBER : KOSMO! ONLINE

Baca: Video pekerja terima bungkusan yang menakutkan undang rasa seram netizen
“Saya alami masalah kekurangan pekerja”, 30 Restoran Mamak Terpaksa Ditutup
“Saya alami masalah kekurangan pekerja”, 30 Restoran Mamak Terpaksa Ditutup

Share This Story

Berita Berkaitan