Merisaukan ! Kanak-kanak 5 tahun ini dah pandai buat aksi lucah pada orang lain. Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook telah berkongsi mengenai satu situasi yang dialaminya bersama isteri ketika berada di sebuah tempat permainan kanak-kanak.
Dalam hantaran itu, lelaki itu telah menyaksikan gelagat dua orang kanak-kanak yang difahamkan merupakan kakak dan abang sedang bermain di kawasan itu.
Kemudian, isteri lelaki itu telah ternampak si adik lelaki membawa kakaknya ke satu ruang yang sunyi sebelum melakukan aksi lucah.
Si adik yang tersedar dirinya diperhatikan kemudian terus lari bersembunyi di belakang tiang dan si kakak pula hampir menangis apabila diperlakukan sedemikan rupa.
Terkesima dengan perbuatan itu, isteri lelaki tersebut terus menghampiri si kakak dan menenangkan keadaan dan turut memanggil kanak-kanak lelaki yang melarikan diri untuk diberi nasihat.
Dakwa lelaki itu, ibu bapa kedua kanak-kanak tersebut tidak berada di kawasan permainan ketika kejadian berlaku.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut terkejut kerana tidak menyangka kanak-kanak kecil sudah memahami perlakuan dan perbuatan seks orang dewasa.
Rata-rata berpendapat penggunaan gajet seperti telefon bimbit juga mendorong kepada perlakuan kanak-kanak yang dikatakan terlebih ‘advance’ kala ini.
Baca: Anak-anak kita hari ini adalah mangsa Pedofil ! Ketahui modus operandi penjenayah pedofil ini
Guru Seni Dipecat Selepas Biarkan Murid Tidak Berpakaian Dan Merokok
[Video] Budak Lelaki Raba, Cium Punggung Penunggang Wanita Terima Padah