Minggu ini, seluruh rakyat Malaysia mash berdukacita berikutan keadaan banjir yang melanda masyarakat di daerah Baling Kedah.
Bukan sahaja kehilangan barang-barang berharga, malah ramai juga yang bersedih selepas pemergian ahli keluarga akibat hanyut dibawa arus
Begitu jugalah seperti kisah dikongsikan oleh Ustazah Asma’ di laman Facebook mengenai seorang nenek yang menyangka cucunya telah
‘pergi’ selepas dibawa arus deras. Bercerita dengan lebih lanjut, ketika itu warga emas berkenaan sedang menjaga cucu lelakinya yang
terlantar atas katil akibat demam. Tidak lama kemudian, rumahnya sekelip mata dinaiki air hingga paras pinggang sehingga difahamkan
menghanyutkan remaja tersebut sebelum lesap selama 2 hari.
Tiba-tiba cucu pegang bahu beliau dengan lembut
Ketika sedang ditemu bual oleh pasukan Ustazah Asma’, bahu Aminah secara tiba-tiba disentuh dengan lembut dari arah belakang. Sebaik
menoleh, alangkah terkejutnya dia selepas mendapati cucu yang disangka sudah pergi kembali semula ke pangkuan keluarga. Lebih
mengharukan, warga emas itu mula merangkul insan tersebut dengan erat sebelum menangis teresak-esak.
Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa sebak melihat perkongsian yang penuh hiba itu. Malah, ramai juga sempat
menitipkan doa serta berterima kasih kepada pihak yang memberikan bantuan kepada penduduk terjejas. Agensi
Baca: Senapang terpelanting, lelaki tertembak mati rakan
Baran kena jeling, cucu tampar muka nenek dan lempar baldi ke adik
Pepijat Penuh Dengan Darah, Wanita Ini Luah Kekecewaan Selepas Menginap Di Hotel