Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Netflix bakal kehilangan dua juta pelanggan dan bakal ‘gulung tikar’ ramai yang ramal ini sebabnya

10 Rancangan Best Netflix Jun 2022

Netflix bakal kehilangan dua juta pelanggan dan bakal ‘gulung tikar’ ramai yang ramal ini sebabnya. Walaupun menjadi salah satu perintis dalam perkhidmatan penstriman, Netflix nampaknya tidak lari daripada dilanda masalah besar apabila kehilangan hampir 1 juta pelanggan atau tepatnya 970 ribu. Angka ini adalah kerugian suku tahunan yang paling banyak dan terbesar dalam sejarah Netflix, lapor Finance Yahoo.

Pada suku pertama 2022, Netflix kehilangan 200,000 pelanggan. Jenama ini juga pernah meramalkan bahawa mereka akan kehilangan dua juta pelanggan. Nasib baik ramalan ini tidak jadi kenyataan, namun angka 970,000 pelanggan turut memberi kesan buruk buat Netflix

Netflix bakal kehilangan dua juta pelanggan dan bakal 'gulung tikar' ramai yang ramal ini sebabnya

“Kehilangan pelanggan ini nampaknya disebabkan oleh persaingan yang tinggi daripada perkhidmatan penstriman lain, keadaan ekonomi global, dan hakikat bahawa mereka sudah mempunyai bilangan pelanggan yang besar,” kata Ferran G Vilero, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat analisis penstriman NPAW.

Walaupun situasi ini terjadi, Netflix masih kekal menjadi perkhidmatan penstriman dengan bilangan pelanggan tertinggi. Netflix mempunyai lebih daripada 220 juta pelanggan di seluruh dunia, mendahului HBO Max dengan 74 juta pelanggan dan Disney Plus dengan 87.6 juta pelanggan.

Trend penurunan ini disebabkan oleh redanya pandemik COVID-19 di beberapa negara. Dengan orang ramai sudah mula bekerja dan tidak ada masa untuk melanggan penstriman video.

Baca: 11 Petanda Rumah Berhantu Yang Dikongsikan Oleh Pakar Paranormal

[Video] Guru ajar murid guna Kondom undang pelbagai reaksi netizen

Menyedihkan ! Anak kucing lahir dengan wajah dua mati selepas empat hari melawan kesakitan

Share This Story

Berita Berkaitan