Netflix umum, pengguna kena bayar lebih jika akses perkhidmatan di alamat yang berbeza. Isu perkongsian kata laluan menyebabkan kerugian kepada Netflix. Dianggarkan terdapat 100 juta pengguna yang mengakses Netflix menerusi akaun yang dibayar oleh orang lain di alamat berbeza. Netflix hari ini mengumumkan mereka akan memerlukan pengguna di Amerika Latin untuk membayar langganan tambahan jika ingin mengakses perkhidmatan di alamat berlainan.
Ciri “Add A Home” akan dapat diakses pengguna yang tinggal di Argentina, Salvador, Guatemala, Honduras dan Republik Dominica. Di negara-negara ini kesemua profil hanya boleh mengakses Netfix dari satu alamat. Netflix masih boleh diakses menerusi peranti mudah alih berbeza dan tiada bayaran tambahan sekiranya Netflix digunakan ketika bercuti di lokasi lain.
Netflix mengklasifikasikan alamat berbeza jika perkhidmatan diakses dari sebuah alamat selama dua minggu. Bayaran yang dikenakan ialah $2.99 (~RM13) sebulan untuk menambah rumah bermula Ogos 2022. Pemilik akaun Basic boleh menambah satu rumah, Standard boleh menambah dua rumah dan Premium pula boleh menambah tiga rumah. Pelanggan boleh menambah dan membuang rumah menerusi skrin tetapan akaun. Sumber: Amanz
Baca: Terpotong keseluruhan zakar ketika berkhatan, pemuda ini fail ganti rugi RM3.1 juta
Suspek Bunuh Isteri Dan Anak Terpinga-pinga Ketika Didakwa, Perlu Jalani Pemeriksaan Mental