Padan muka kau ! ‘Abang long’ kawasan kacau orang berniaga akhirnya dapat balasan.Di Facebook, viral sebuah rakaman yang menunjukkan seorang lelaki yang digelar ‘abang long kawasan’ menghalau peniaga yang berniaga di tepi jalan. Difahamkan, lelaki tersebut tidak berpuas hati apabila peniaga berkenaan menjalankan aktiviti perniagaan di kawasannya.
@utusantvofficial PART 1: Polis kata masih siasat dan minta saksi tampil membantu. #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #fyp #paritraja ♬ original sound – UtusanTV
Menerusi rakaman video berdurasi 2:51 saat, ‘abang long’ itu dilihat menaiki sebuah kereta berwarna hitam ketika menghalau seorang peniaga wanita. Selain menghalau, lelaki tersebut turut mengugut bahawa anak buahnya akan sampai di lokasi yang sama sekiranya peniaga berkenaan masih degil untuk berniaga di tempat itu . Walau bagaimanapun, hari ini viral pula satu video lain memaparkan pelaku berkenaan sudah pun diangkut ke balai polis.
Menerusi ruangan komen, warganet meluahkan rasa geram tatkala menonton rakaman ugutan tersebut. Pada masa yang sama, warganet turut memuji peniaga tersebut yang kekal tenang biarpun berhadapan dengan ‘abang long’. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Parit Raja, Johor.
Terbaru, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah memberitahu, wanita berusia 40 tahun itu membuat laporan polis pada jam 11.45 malam Isnin lalu. Hasil siasatan mendapati, kejadian berlaku di pekarangan sebuah restoran. – Oh!Bulan
Baca: [Video] Anggap diri kena sumpahan lelaki ini miliki muka dan badan seperti kanak-kanak
Merisaukan ! Kanak-kanak 5 tahun ini dah pandai buat aksi lucah pada orang lain
Musim ribut petir dan kilat 20 orang maut jadi mangsa panahan petir