Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Anak-anak kita hari ini adalah mangsa Pedofil ! Ketahui modus operandi penjenayah pedofil ini

Pedofil Kini Sudah Berani Menangkap Mangsa Mengunakan 'PageFB' Palsu

Anak-anak kita hari ini adalah mangsa Pedofil ! Ketahui modus operandi penjenayah pedofil ini – Pada zaman kini ramai kanak-kanak dan remaja memiliki akaun media sosial sendiri sebagai ‘dunia kedua’ mereka. Bagaimanapun dunia internet tanpa sempadan kini membuatkan mereka lebih mudah terdedah kepada pelbagai unsur luar yang adakalanya agak sukar dikawal ibu bapa. Sebut sahaja rakan kenalan asing yang tidak dikenali, jenayah siber, pengaruh pornografi, pedofilia, semuanya ada di ‘sebalik’ skrin.

Merujuk kembali kepada kajian DiGi CyberSAFE 2015, satu daripada empat kanak-kanak bersetuju untuk berjumpa dengan seseorang yang baharu mereka kenali di Internet.

Malah Kajian Penggunaan Internet 2018 pula menunjukkan, walaupun lebih 70 peratus ibu bapa mengenakan peraturan dan had penggunaan Internet ke atas anak-anak atau duduk berhampiran mereka ketika melayarinya, namun hanya 12.2 peratus saja yang menggunakan perkhidmatan kawalan ibu bapa dan 7.4 peratus pula tidak melakukan apa-apa.

Berdasarkan statistik tersebut, perkara yang paling membimbangkan adalah apabila kanak-kanak tidak ‘pandai’ memilih dengan siapa mereka ‘berkawan’ di internet. Penjenayah biasanya lebih ‘suka’ golongan mangsa sebegini. Tidak mustahil, hanya bermodalkan pujian dan ayat-ayat manis, kanak-kanak atau remaja yang naif menjadi sasaran utama mereka, seperti mana yang pernah berlaku kepada seorang remaja berusia 15 tahun di Kanada.

Gadis murung jadi mangsa pedofilia

Seorang gadis di Kanada berusia 15 tahun dipercayai pernah mengalami kemurungan akibat menjadi mangsa pedofilia. Menurut laporan Global News, segalanya bermula sejak beliau berkenalan dengan seorang lelaki di Internet.

Berdasarkan laporan, lelaki tersebut mengumpan mangsa untuk berkongsi gambar lucahnya di media sosial secara peribadi. Bagaimanapun, ‘bahagia’ gadis itu tidak berpanjangan apabila gambar lucahnya disebarkan.

Malah dalam masa yang sama, penjenayah juga tahu maklumat ahli keluarga dan rakan-rakannya. Penjenayah difahamkan mencipta akaun media sosial Facebook menggunakan gambar lucah mangsa untuk memalukannya. Akibatnya, gadis itu kerap dibuli rakan-rakan sekolah secara online dan fizikal sehingga mengalami kemurungan, anxiety dan panic disorder.

Gara-gara tidak tahan dibuli, menurut laporan, gadis itu akhirnya tekad memilih jalan terakhir dengan ‘menamatkan’ hidupnya sendiri. Penjenayah pula ditahan pihak berkuasa dan difahamkan siasatan kes masih berjalan sehingga ke hari ini.

Adakah perempuan saja jadi mangsa pedofilia?

Jawapannya tidak. Gadis itu bukanlah satu-satunya mangsa pedofilia di Internet. Ini terbukti dalam laporan CBC baru-baru ini mengenai kes seorang remaja lelaki berusia 17 tahun di Kanada yang turut mengalami nasib serupa apabila dihampiri seorang pedofilia wanita melalui akaun media sosial.

Inilah risiko besar yang menanti anak-anak apabila mempunyai akses media sosial tanpa pemantauan secukupnya daripada ibu bapa. Dalam kes gadis tadi misalnya, penjenayah memang mensasarkan kanak-kanak berusia 12 hingga 15 tahun. Tidak mustahil, mereka sering menjadi sasaran pedofilia tanpa sedar.

Bermula sebagai seorang kawan, membawa ke hubungan yang lebih serius sampai sanggup berkongsi ‘segala-galanya’ tanpa batas. Padah terjatuh cinta dengan penjenayah tanpa tahu identiti sebenar mereka hingga helah terbongkar, akhirnya anak-anak ini ‘terjatuh’ ke lembah kemurungan hingga tekad melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

Di sinilah ibu bapa perlu sentiasa memantau penggunaan gajet anak-anak dari semasa ke semasa agar dapat mengelakkan perkara tidak diingini berlaku. Dalam masa yang sama, ibu bapa juga perlu jadikan anak-anak sebagai kawan agar boleh menjadi tempat mereka berkongsi segalanya tentang kehidupan.

Memetik perkongsian infografik dari CyberSecurity Malaysia di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), terdapat beberapa kaedah untuk memantau anak-anak daripada menjadi mangsa pedofilia menerusi sex grooming yang bermula daripada perkenalan di media sosial.

Selain itu, ibu bapa juga perlu mengetahui tentang sexting yang dilakukan oleh penjenayah pedofilia. Tahukah anda, sexting boleh membuka pintu jenayah seksual kepada anak-anak. Merujuk kembali kepada kes gadis Kanada tadi, beliau terperangkap dalam jerat penjenayah pedofilia gara-gara bermula daripada sexting di media sosial.

Pendek kata, ibu bapa perlu memainkan peranan 100 peratus dalam mengawal tingkah laku anak-anak ketika mereka berada di ‘dunia kedua’ atau media sosial. Perlu diingat, kes jenayah pedofilia yang besar boleh bermula hanya daripada sebuah perkenalan kecil di Internet.

SUMBER : SIAKAPKELI

Baca: [Video] Gadis Disihir Oleh Rakan Sekolah Disebabkan Cemburu
Cerita pasal Nabi, solat tak tinggal tapi penipu. Pemuda ini dedah ‘kisah gelap’ pemilik rumah anak yatim di Malaysia
“Bekal adik aku gi sekolah pon tak mcm ni…”, Netizen Kecam Kuantiti Makanan RMT

Share This Story

Berita Berkaitan