Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Pekerja McD Tolak Tempahan, Wanita Ini Nekad Lompat Masuk Dapur Dan Buat Hidangan Sendiri

Pekerja McD Tolak Tempahan, Wanita Ini Nekad Lompat Masuk Dapur Dan Buat Hidangan Sendiri

Pekerja McD Tolak Tempahan, Wanita Ini Nekad Lompat Masuk Dapur Dan Buat Hidangan Sendiri – Seorang wanita penggemar hidangan restoran makanan segera McDonald’s bertindak di luar kebiasaan apabila melompat masuk ke bahagian dapur menerusi tingkap pandu lalu untuk memasak makanannya sendiri, lapor akhbar Daily Star UK.

Video kejadian itu tular di TikTok selepas disiarkan oleh pengguna, @greergreer. Dia berkata, wanita itu bertindak sedemikian kerana restoran makanan segera itu enggan menerima tempahan disebabkan kehabisan sarung tangan pakai buang yang merupakan polisi kesihatannya.

Menerusi klip video berkenaan yang mencatatkan hampir 682,000 tontonan dan lebih 120,000 tanda suka setakat ini, wanita itu meminta kebenaran pengurus restoran untuk menyediakan pesanannya sendiri.

Kakitangan restoran McDonald’s berkenaan terkejut apabila wanita yang memakai gaun merah jambu dan berkasut tumit tinggi itu memanjat melalui tingkap dan segera menuju ke bahagian dapur.

Video tersebut menerima komen daripada pengguna media sosial yang berharap wanita itu mendapat hidangan yang diingini memandangkan kesungguhan yang ditunjukkannya.

@greergreer

#fyp #viral #mcdonalds 😂😂

♬ original sound – quezgreer

SUMBER : KOSMO! ONLINE

Baca: [Video] Sumbat Alat Kelamin Ke Mulut Pesakit Sewaktu Bersalin, Lelaki Ini Terima Akibatnya
Akibat tukar jantina, gadis ini terima akibat risiko terkena kanser
[Video] Rakaman ular sepanjang 6 kaki merayap masuk kedai, pengunjung jerit ketakutan

Share This Story

Berita Berkaitan