SEORANG pekerja melecur 50 peratus pada anggota badan selepas stor simpanan barang, kedai Mr. DIY di Jalan Reko, Kajang, terbakar semalam.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan membabitkan kejadian pada pukul 1.08 petang.
Sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, Bangi dan Semenyih telah dikejarkan ke lokasi kejadian.
Katanya, bomba tiba di lokasi lima minit kemudian dan mendapati stor kedai terbabit mengalami kebakaran hampir 40 peratus.
“Seorang mangsa berusia 35 tahun dibawa keluar oleh pihak bomba dan dilaporkan dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, mangsa yang melecur di bahagian kepala dan badan telah dikejarkan ke Hospital Kajang bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Jelansya, api berjaya dikawal oleh bomba pada pukul 1.32 petang. Agensi
Baca: Wanita mati terkejut setelah hilang tangan dan kaki diserang jerung ketika mandi
Penyanyi MK K-Clique tak kisah dapat jodoh yang lebih tua, ini alasan beliauSelepas perkahwinan ke-11, wanita ini akhirnya gagal untuk mendapat jodoh ke-12