Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Pengasas Crackhouse Comedy Club tidak mengaku bersalah buat hantaran jelik

Pengasas Crackhouse Comedy Club tidak mengaku bersalah buat hantaran jelik

Pengasas Crackhouse Comedy Club tidak mengaku bersalah buat hantaran jelik. Pengasas dan pemilik bersama sebuah kelab komedi didakwa di Mahkamah Cyber di sini pada Jumaat atas tiga pertuduhan menghantar komunikasi jelik melalui laman Facebook, Instagram dan Tiktok, dua minggu lalu.

Tertuduh, Mohamad Rizal Johan Van Geyzel, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibaca di hadapan Hakim Nor Hasniah Ab Razak.

Rizal yang berkemeja putih dan memakai seluar biru, didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998.

Pada 14 Julai lalu, Sinar Harian melaporkan, PDRM menahan seorang lelaki disyaki pengasas bersama sebuah kelab komedi berhubung penularan dua klip video di premis berkenaan yang dikatakan menyentuh sensitiviti dan berbaur perkauman.

Suspek ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – SinarHarian

Baca: Sengaja menghina Islam, Mufti sokong kelab komedi ditutup

Crackhouse Comedy ‘diserang’ dengan simbahan cat merah

“Penutupan kelab komedi tersebut tidak adil” – Syarifah Amani

Share This Story

Berita Berkaitan