Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Perkeso Gantung Bayaran Pekerja Penjana Kerjaya Sebanyak RM423 Juta

Perkeso Gantung Bayaran Pekerja Penjana Kerjaya Sebanyak RM423 Juta

Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah mengambil tindakan proaktif dengan menggantung bayaran Program Insentif Pengambilan Pekerja (Penjana Kerjaya) berjumlah RM423 juta.
ADVERTISEMENT

Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed memaklumkan, tindakan itu diambil disebabkan terdapat majikan yang mengemukakan tuntutan palsu dan menyeleweng dana Penjana Kerjaya sejak bulan Mei tahun lalu.

“Sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia yang diamanahkan untuk melaksanakan pelbagai inisiatif Kerajaan semasa tempoh pandemik Covid-19, Perkeso memandang serius isu penyelewengan ini kerana bantuan kewangan kerajaan bertujuan untuk meringankan beban pihak yang layak serta benar-benar memerlukan, mengikut syarat dan kaedah yang ditetapkan.

“Tindakan penggantungan bayaran tersebut dibuat berdasarkan penganalisian data dan pemantauan berterusan oleh Bahagian Anti Fraud, Etika & Integriti (AFEI), Perkeso,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, Mohammed Azman berkata, Perkeso komited untuk terus memberikan sokongan dan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menjalankan siasatan berhubung kes tuntutan palsu Program Penjana Kerjaya membabitkan pihak majikan dan penyedia latihan di seluruh negara melalui Ops Hire.

“Perkeso amat menekankan nilai integriti, kejujuran dan amanah dalam pengagihan bantuan kewangan kerajaan kerana ia melibatkan dana awam,” ujarnya.

SUMBER : KOSMO! ONLINE

Baca: Permohonan Visa Umrah Untuk Tahun Depan Dibuka Sekarang
Pemandu Treler Melibatkan Kemalangan Ragut 4 Beranak Ditahan, Memiliki 13 Saman Trafik
ASP dan Inspektor PDRM dikesan berhibur di kelab malam

Share This Story

Berita Berkaitan