Pura-pura Pengsan Elak Ditahan Polis, Cetus Rasa Geli Hati Netizen – Setiap kali kita ternampak sekatan jalan, pasti kita berasa sedikit bimbang. Lebih-lebih lagi jika kita tahu ada kesalahan melibatkan undang-undang jalan raya yang dibuat.
Baru-baru ini seorang penunggang motosikal di Indonesia telah membuat orang ramai berasa geli hati apabila dia berpura-pura pengsan selepas gagal cubaan melarikan diri daripada sekatan jalan raya sehingga nyaris melanggar kenderaan.
Malu banget 🙈🐹 pic.twitter.com/9jGLql6YRB
— Mas Adem (@ndagels) July 20, 2022
Polis segera menghampiri lelaki yang terjatuh itu dan segera mengherdiknya menyatakan penunggang motosikal itu hanya berpura-pura pengsan.
Menurut juruberita yang melaporkan insiden yang berlaku di Jakarta itu, lelaki terbabit yang bernama Rahmat mengakui dia panik apabila melihat ada sekatan jalan raya di hadapannya.
Jadi dia berpura-pura pengsan supaya terlepas daripada ditahan atas kesalahan yang dibuat apabila tidak membawa ‘lesen’ untuk menunggang motosikal pada ketika itu.
Insiden itu pasti terpahat dalam memori Rahmat buat selama-lamanya. Nak larikan diri tak lepas, sebaliknya dapat sakit, malu dan surat saman yang perlu dijelaskan kepada pihak berkuasa.
SUMBER : THEVOCKET
Baca : Sarah Hildebrand Sertai U.S Air Force, Pernah Umum Bersara Dari Dunia Hiburan
[Video] Menakutkan ! Rupa Hantu Penanggal terakam dalam video undang perasaan seram netizen
Akibat Hina Islam, Rider penghantar makanan dipenjara setelah tak mampu membayar denda RM50,000