Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Remaja 19 tahun pukul lelaki dengan kayu selepas ditegur kencing bersepah

Remaja 19 tahun pukul lelaki dengan kayu selepas ditegur kencing bersepah

Remaja 19 tahun pukul lelaki dengan kayu selepas ditegur kencing bersepah. Seorang lelaki dipukul selepas menegur seorang remaja yang membuang air kecil di jalan keluar sebuah flat di Bayan Lepas pada Jumaat.

Menurut kenyataan di Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya, kejadian berlaku di bawah Flat Bayu Nyaman, Bayan Lepas.

“Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku selepas mangsa menegur suspek yang berusia 19 tahun kerana membuang air kecil berhampiran kon yang diletakkan di kawasan jalan keluar flat.

“Mangsa yang melihat perkara itu telah meminta suspek menyiram semula kawasan yang terkena air kencingnya. Suspek kemudiannya beredar dari lokasi tersebut,” kata kenyataan itu pada Jumaat.

Menurut kenyataan itu, beberapa minit selepas itu suspek datang semula dan terus memukul mangsa dengan sebatang kayu.

“Siasatan mendapati, mangsa dipukul dengan menggunakan sebatang kayu sepanjang 45.7 sentimeter (cm). Mangsa telah mengalami luka dan berdarah di bahagian kepala sebelah kiri.

“Suspek kemudiannya berjaya ditahan untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” kata kenyataan itu.

Dalam kes berlainan, polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Barat Daya menahan 17 lelaki berusia lingkungan 20 hingga 60 tahun kerana disyaki terlibat dalam kesalahan dadah.- KOSMO

Ganas ! Isteri ikat dan pukul suami sehingga mati

Zalim ! OKU di pusat jagaan dipukul dan dipijak sehingga mati

Rogol pembantu rumah ahli politik bakal dipenjara 20 tahun dan sebatan

Share This Story

Berita Berkaitan