Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Rusuk anak menghimpit ke jantung, bapa ini mengharapkan bantuan orang ramai

Rusuk anak menghimpit ke jantung, bapa ini mengharapkan bantuan orang ramai

Rusuk anak menghimpit ke jantung, bapa ini mengharapkan bantuan orang ramai – Seorang bapa kini terdesak untuk mencari dana bagi menampung pembiayaan pembedahan anak bongsunya yang mengalami tulang belakang bengkok atau skoliosis.

Adzmarudin Abd Rahman, 54, yang tidak mempunyai pekerjaan tetap selepas diisytiharkan muflis pada 2008, dia buntu untuk mencari kos berkenaan memandangkan pembedahan perlu dilakukan dengan segera.

Adzmarudin memaklumkan, dia memerlukan RM13,370 bagi membolehkan pembedahan segera dilakukan terhadap anaknya, Ahmad Darwisy Farhan, 19, dengan kos keseluruhan pembedahan berjumlah RM31,730.

“Saya kini tiada pendapatan tetap dan terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara keluarga. Dengan rekod pernah muflis, susah untuk saya mencari pekerjaan yang tetap.

“Pihak hospital menyatakan kos untuk pembedahan sahaja mencecah RM31,730, namun sebahagian daripadanya dibiayai Tabung Kebajikan Pesakit Hospital Canselor Tuanku Muhriz yang diluluskan sebanyak RM18,000,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Seremban 2, di sini, hari ini.

Dia berkata, apabila pihak menyatakan kos yang terpaksa ditanggung, dia hanya memikirkan mahu mengeluarkan wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memandangkan itu sahaja simpanan yang ada.

“Bagaimanapun, saya hanya boleh mengeluarkannya pada Januari tahun depan kerana belum cukup umur bersara sedangkan anak memerlukan pembedahan dengan segera.

“Selain keadaannya yang bertambah teruk dan hanya bergantung kepada ubat tahan sakit, saya juga tidak mahu pengajiannya yang bakal disambung di peringkat ijazah pada Oktober depan terencat jika pembedahan tidak dijalankan dengan segera.

“Saya difahamkan pembiayaan daripada tabung hospital mempunyai tempoh sehingga hujung tahun ini sahaja. Saya tidak pasti jika ia dapat disambung seandainya saya tidak berjaya mengumpul wang sebanyak RM13,000 dalam masa terdekat,” katanya.

Tambahnya, dia pernah memohon bantuan daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains), namun sehingga kini belum tahu keputusannya, malah untuk mengeluarkan wang daripada KWSP adalah mustahil kerana ia hanya boleh digunakan untuk tujuan perubatan pencarum sahaja.

“Kalau boleh saya tidak mahu untuk meminta sumbangan atau derma daripada mana-mana pihak dan hanya memikirkan bantuan daripada Mains serta wang KWSP, namun kedua-duanya hampir mustahil,” katanya.

Adzmarudin berkata, anak bongsu daripada enam beradik itu dikesan mengalami skoliosis ketika berusia 16 tahun, namun keaadaannya tidak kritikal seperti sekarang.

“Ketika mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dia merasa senang lenguh dan tidak boleh berdiri terlalu lama dan kini tulang rusuknya sudah mula menghimpit organ dalaman seperti jantung dan paru-paru kerana tulang belakang yang semakin membengkok.

“Setiap pergerakan yang dia lakukan terpaksa berhati-hati dan tidak boleh membongkok terlalu lama. Dia selalu mengadu sakit dan susah untuk tidur, malah pembelajarannya juga terganggu,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Adzmarudin di talian 010-324 0040.

SUMBER : HARIANMETRO

Baca : [Video] Suami Bersihkan Najis Isteri Ketika Mengandung Terima Pujian Netizen

[Video] Lelaki Curi Getah Sekerap, Parah Dibelasah Penduduk Kampung

“Kelahiran tidak normal” Alasan suami tinggalkan isteri selepas bersalin kembar 5

Share This Story

Berita Berkaitan