Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

RUU Anti Lompat Parti : Pejuang kecewa ahli Parlimen tergesa-gesa buat undian

RUU Anti Lompat Parti : Pejuang kecewa ahli Parlimen tergesa-gesa buat undian

RUU Anti Lompat Parti : Pejuang kecewa ahli Parlimen tergesa-gesa buat undian . Masih terdapat beberapa perkara tidak diperincikan dalam Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan larangan ahli Parlimen bertukar parti yang diluluskan pada Khamis.

Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, wujud ketidakpastian berhubung status ahli Parlimen yang tergugur keahliannya secara automatik kerana ingkar pada arahan parti.

Menurutnya, butiran berkaitan perkara itu tidak dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika menggulung perbahasan sebelum RUU tersebut diluluskan.

“Sekiranya ia sudah termaktub dalam Perlembagaan parti dan tidak dianggap sebagai pemecatan dari parti, maka ahli Parlimen tersebut akan kehilangan kerusi yang disandangnya.

“Oleh itu, perincian berhubung perkara itu harus diperjelaskan agar tidak menimbulkan kekeliruan,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Mukhriz yang merupakan Ahli Parlimen Jerlun memberitahu, Wan Junaidi hanya sempat menggulung perbahasan selama satu jam tanpa menjawab keseluruhan perkara-perkara yang dibangkitkan pembahas.

“Saya kecewa kerana ramai ahli Parlimen yang mendesak supaya undian terus dibuat tanpa mendengar Menteri (Wan Junaidi) menghabiskan hujahnya.

“Malah saya telah meminta supaya Yang Dipertua Dewan Rakyat (Tan Sri Azhar Azizan Harun) membenarkan Menteri selesaikan hujahnya kerana katanya masih terdapat tujuh muka surat belum dibacakan. Mungkin disebabkan itu, saya lihat masih ada persoalan yang timbul selepas pindaan diluluskan,” jelasnya.- Sinar Harian

Baca: RUU Lompat Parti : Melaka sedia untuk laksana

RUU Lompat Parti : Melaka sedia untuk laksana

Pakatan Harapan setuju jika pindaan RUU Anti Lompat Parti dilakukan di negeri-negeri pentadbiran PH

Share This Story

Berita Berkaitan