Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

RUU Lompat Parti : Melaka sedia untuk laksana

RUU Lompat Parti : Melaka bersedia laksana

RUU Lompat Parti : Melaka bersedia laksana. Melaka sedia untuk melaksanakan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 dan Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti yang diluluskan di Dewan Rakyat, semalam.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, berkata RUU berkenaan akan dilaksanakan di negeri itu selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“RUU berkenaan perlu dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu sebelum dibincangkan di peringkat negeri.

“Di peringkat negeri, kita akan diberikan satu tempoh untuk dibincangkan sebelum dilaksanakan,” katanya selepas merasmikan Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara peringkat negeri di Hotel Muzaffar, di sini hari ini.

Semalam, Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan RUU anti-lompat parti melalui undi belah bahagi selepas bacaan ketiga.

RUU itu diluluskan selepas perbahasan selama dua hari membabitkan 54 Ahli Parlimen mewakili pihak kerajaan dan blok pembangkang, namun sesi perbahasan itu tidak disertai mana-mana wakil rakyat BERSATU. – Berita Harian

RUU Anti Lompat Parti : LULUS dengan 209 setuju 11 tidak hadir bagi bacaan kedua

Pakatan Harapan setuju jika pindaan RUU Anti Lompat Parti dilakukan di negeri-negeri pentadbiran PH

Rogol pembantu rumah ahli politik bakal dipenjara 20 tahun dan sebatan

Share This Story

Berita Berkaitan