Sajat sedih lihat budak jadi mangsa dera terus teringat anak-anak di Malaysia. Kes kanak-kanak yang didakwa didera seorang wanita dengan batang penyapu tempoh hari telah hangat diperkatakan.
Difahamkan kanak-kanak berusia 4 tahun itu merupakan anak angkat kepada wanita yang didakwa memukulnya dan hal tersebut dilaporkan kepada pihak polis oleh sekumpulan anak muda yang juga bekerja dengan pendera berkenaan.
Disebabkan video kejadian terbabit ditularkan di laman sosial, ramai yang memberikan respon terhadap perbuatan kejam wanita terbabit.
Antaranya ialah usahawan kontroversi yang kini berhijrah ke Australia, Muhammad Sajjat Kamaruzzaman atau mesra disapa Sajat.
Dia yang turut mempunyai dua orang anak angkat yang kini berada di Malaysia meluahkan rasa ralat apabila melihat kanak-kanak kecil dipukul dengan batang penyapu hanya disebabkan tidak mahu makan.
Dalam perkongsian di Instagram, Sajat menyatakan yang anak-anak bukanlah tempat kita meluahkan perasaan perasaan dan meminta orang ramai menjaga anak-anak dengan sebaiknya tanpa melihat status kanak-kanak tersebut.
“…anak bukan untuk kita luahkan perasaan . tak kira lah siapa pun anak kita, jaga mereka seikhlas hati..
kita boleh menugur anak kita dan marah mereka , tetapi bukan ketuk mereka dgn batang penyapu.. tunjuk hengger tu , itu adalah tanda amaran.. bukan hempuk mereka ngok ngek..”
Tambahnya, dia juga amat merindui anak-anaknya dan berasa sedih sekali apabila melihat kanak-kanak tidak berdosa itu dipukul dengan teruk.
“saya rindu anak saya.. bila tengok anak iecik kena pukul.. rasa sedih sangat.. minta minta anak tu di lindungi..
.
adik dan abg.. ummi rindu adik dan abg.. nanti kita jumpa yer sayang😢
.
kadang orang yang sempurna belum tentu boleh menjaga anak anak istimewa…” tulisnya.
Usahawan bengkung itu juga berharap agar suatu hari nanti dia dan anak-anaknya dapat bertemu serta bersatu semula seperti sebelum ini memandangkan dia telah bertekad tidak akan kembali ke Malaysia.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meninggalkan maklum balas dengan bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Sajat berkenaan penjagaan anak-anak.
Mereka juga merasakan tindakan mendera anak walaupun bukan darah daging sendiri adalah satu perbuatan yang sangat kejam lebih-lebih lagi terhadap kanak-kanak kecil yang tidak berdaya seperti video yang tular minggu lalu.
[Video] Anak dirantai ibubapa tiri sebab selalu minta makan
Empat Beranak Termasuk Kanak-kanak Cedera Alat Memasak ‘steamboat’ Meletup