“Salahkan Mangsa Rogol” Pengerusi Tahfiz Dikecam Teruk Netizen Selepas Buat Kenyataan ‘Bodoh’ – Seorang pengerusi tahfiz dikecam oleh rakyat Malaysia apabila mengeluarkan satu hantaran yang berbaur ketidakadilan apabila menyalahkan mangsa rogol yang masih di bawah umur.
Negara kita baru-baru ini dikejutkan dengan kisah seorang pendakwah bebas yang ditahan oleh pihak berkuasa kerana didakwa merogol kanak-kanak berusia 14 tahun.
Orang celek akal akan melihat situasi seorang guru merogol mangsa bawah umur sebagai antunan seksual (sexual grooming). Tetapi bagi pengerusi tahfiz, beliau merasakan kejadian ini berlaku atas dasar suka sama suka dan sebenarnya adalah salah mangsa.
“Ustaz F&N penceramah bebas di tahan kerana merogol berkali-kali seorang gadis berumur 14 tahun.
“Berkali-kali hebat juga, ustaz yang hebat atau gadis 14 tahun tu yang hebat, berkali-kali perginya? Ada kemungkinan juga ustaz ini yang dirogol oleh gadis tersebut,” katanya di Facebook.
Hantaran beliau ini terus menerima kecaman dari pengguna maya yang tidak berpuas hati apabila seorang pengerusi tahfiz sanggup menyalahkan mangsa bawah umur sebagai ‘perogol’.
Apa yang jadi lebih kurang enak adalah apabila seorang pengerusi tahfiz, yang kerjanya dekat dengan remaja bawah umur, tidak faham atau terlalu bodoh untuk mengetahui apa itu atunan seksual.
Ini memberi gambaran bahaya buat anak-anak yang dihantar untuk ke kem tahfiz di bawah pengurusan pengerusi tahfiz tersebut. Boleh jadi anak-anak ini pula akan dipersalahkan jika wujud gangguan seksual.
Selain itu, kejahilan yang dipaparkan oleh pengerusi tahfiz ini akan membuatkan ramai lagi mangsa-mangsa antunan seksual tidak berani ke hadapan untuk melaporkan kepada pihak polis.
Kerana mereka risau mentaliti masyarakat – seperti pengerusi tahfiz – ini yang sanggup menyalahkan mangsa apabila kes rogol atau gangguan seksual berlaku.
SUMBER: THEVOCKET
Baca : Kes ‘Ustaz’ rogol remaja, Wanita ini Dedahkan taktik licik perbuatan memalukan tersebut
Memalukan ! Penceramah bergelar Ustaz rogol gadis 14 tahun dicekup selepas buat ‘projek’ beberapa kali