Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Sandwich jadi punca kentut tak berhenti lelaki ini menderita selama 5 tahun

Seorang lelaki dilaporkan telah menyaman sebuah gerai makan kerana mendakwa bahawa sandwich ham yang dibeli di situ menjadi punca dia tidak berhenti

Sandwich jadi punca kentut tak berhenti lelaki ini menderita selama 5 tahun. Seorang lelaki dilaporkan telah menyaman sebuah gerai makan kerana mendakwa bahawa sandwich ham yang dibeli di situ menjadi punca dia tidak berhenti kentut selama lima tahun.

Memetik laporan Times Now News, lelaki itu telah menuntut sejumlah wang iaitu sebanyak RM1.06 juta daripada gerai tersebut.

Lelaki berusia 46 tahun itu dikatakan telah memakan sandwich di gerai tersebut pada Disember 2017 bersama isteri dan anaknya.

Dakwanya, selepas beberapa jam, dia mula mengalami kekejangan pada perut, cirit-birit, muntah dan demam.

Bagaimanapun, menurut peguamnya, penderitaan yang dialaminya itu tidak berakhir di situ kerana dia terpaksa menahan sakit perut yang tidak terkawal dan kerap berlaku.

Dia juga terpaksa bangun pada waktu malam dan menyebabkannya malu setiap kali berada di khalayak ramai.“Perutnya terus membuat bunyi yang kerap berkeroncong sehingga tidurnya boleh terganggu,” kata peguamnya.

Pun begitu, pihak mahkamah juga perlu memastikan sama ada lelaki itu benar-benar menghidap jangkitan Salmonella atau tidak untuk menentukan sama ada dia boleh menyaman gerai makanan itu.

Sementara itu, syarikat yang membekalkan ham mengakui bahawa pihak berkuasa menemui e.coli pada pisau tetapi bukan Salmonella.

Pihak mereka juga menjelaskan bahawa dakwaan itu sebenarnya tidak berkaitan dengan e.coli dan masih perlu dibuktikan.

Baca: 650 guru di Melaka mengalami tekanan & kemurungan dalam bekerja, jadi punca bersara awal

[Video] Hard Disk laptop penuh ? Pemuda ini ajar cara FREE jimatkan ruang Hard Disk anda.

Doktor ini kata bahaya kencing berdiri ini sebab yang kita sendiri tak perasan

Share This Story

Berita Berkaitan