Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Sarah Hildebrand Sertai U.S Air Force, Pernah Umum Bersara Dari Dunia Hiburan

Sarah Hildebrand Sertai U.S Air Force, Pernah Umum Bersara Dari Dunia Hiburan

Sarah Hildebrand Sertai U.S Air Force, Pernah Umum Bersara Dari Dunia Hiburan – Sekitar 3 bulan yang lepas, Sarah Hildebrand pernah mengumumkan sudah bersara daripada industri seni hiburan tanah air. Susulan itu, dia juga tidak lagi menerima sebarang tawaran berlakon mahupun pengacaraan yang cukup sinonim dengan dirinya sejak hampir sedekad lalu.

Namun baru-baru ini, aktres drama ‘Pujaan Hati Kanda’ itu mengejutkan ramai pihak susulan pendedahan dirinya menyertai kor Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF). Menerusi hantaran di Instagramnya sebentar tadi, Sarah atau nama lengkapnya Nur Sarah Marie Hildebrand Binti Asyraf Hildebrand berkongsi gambar semasa bertandang ke salah sebuah pangkalan organisasi tersebut.

Sarah Hildebrand Sertai U.S Air Force, Pernah Umum Bersara Dari Dunia Hiburan

Selain itu, dia juga berkongsi video lapor diri dan upacara mengangkat sumpah sebagai anggota USAF bersama 2 calon lelaki lain. Sambil zahirkan rasa syukur kerana diiktiraf mendapat peluang tersebut, Sarah Hildebrand turut menyatakan bahawa segalanya tidak mustahil. Terdahulu, bekas pelakon ini berkahwin dengan seorang lelaki warganegara Amerika Syarikat bernama Otto Gillen pada 3 November 2019.

Sarah Hildebrand Sertai U.S Air Force, Pernah Umum Bersara Dari Dunia Hiburan

Susulan pencapaian yang amat bermakna itu, Instagramnya dibanjiri ucapan tahniah daripada rakan artis serta para peminat. Walaupun masih terkejut, namun kini barulah rata-rata netizen tahu mengapa Sarah Hildebrand kerap memuat naik video sesi rutin workout sebelum ini.

Sarah Hildebrand Sertai U.S Air Force, Pernah Umum Bersara Dari Dunia Hiburan

Sarah Hildebrand Sertai U.S Air Force, Pernah Umum Bersara Dari Dunia Hiburan

SUMBER : KISAHDUNIA

Baca : Wanita dicabul setelah disamun di kuarters penjawat awam

[Video] Polis buru pemandu kereta mewah memandu secara berbahaya

[Video] Suami Bersihkan Najis Isteri Ketika Mengandung Terima Pujian Netizen

Share This Story

Berita Berkaitan