Sedih ! Kucing Kesayangan Dimakan Ular Sawa Ketika Pulang Beraya – Bagi pencinta kucing, kasih sayang terhadap haiwan peliharaan tersebut cukup mendalam malah dianggap ibarat keluarga sendiri. Justeru pemergian ‘si bulus’ adalah detik yang amat sukar untuk dilalui, apalagi dalam keadaan penuh menyayat hati.
Balik kampung raya haji 2 hari 1 malam…tak sangka masa orang takda ular buat kerja
Baru-baru ini seorang pemuda berdepan detik cemas selepas seekor ular sawa ditemui kekenyangan dalam sangkar kucing di rumah ibunya, dipercayai selepas membaham beberapa ekor kucing termasuklah yang ‘si bulus’ kesayangannya bernama Koko. Menurut saudara Zailey, kejadian berkenaan tidak disangka berlaku sewaktu mereka sekeluarga menyambut raya Aidiladha pada hujung minggu lalu.
@zaileyaddhastore_ maafkan papa koko 😣
Owner homestay cakap tak boleh bawa haiwan peliharaan…memang takda choice, letak dalam sangkar kucing di rumah mak
Walaupun mengakui kecuaian daripada pihaknya sendiri, namun Zailey menjelaskan ketika itu dirinya tiada pilihan lain. Gara-gara homestay tempatnya menginap tidak benarkan bawa haiwan peliharaan, maka Koko ditempatkan bersama beberapa kucing milik ibunya di rumah kampung. Kebiasannya lokasi tersebut selamat, namun takdir telah menentukan sebaliknya pula.
@zaileyaddhastore_ Balas kepada @ydayu_ maafkan papa 😞
Kucing tu comel, mengalir air mata bayang Koko bergelut dengan ular…ambil pengajaran & berhati-hati lepas ni
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sedih mengenangkan keadaan Koko yang bergelut dengan ular sawa tersebut. Memandangkan nasi pun sudah jadi bubur, mereka berharap pemilik haiwan lain lebih berhati-berhati bagi elakkan situasi sama terjadi.
SUMBER : KISAHDUNIA
Baca: [Video] Rakaman ular sepanjang 6 kaki merayap masuk kedai, pengunjung jerit ketakutan
Sebab nak dalas dendam suami sendiri main kayu tiga, wanita ini mengaku buat skandal dengan suami orang lain pula
Lembu punya pasal, suami Isteri dan anak maut terkena renjatan elektrik