Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

“Sengaja atau tidak sengaja menyuruh wanita bertudung membukakan tin beer untuknya atas nama Komedi”. Menarik pandangan kritis lelaki ini atas isu stand-up comedy

“Sengaja atau tidak sengaja menyuruh wanita bertudung membukakan tin beer untuknya atas nama Komedi”. Menarik pandangan kritis lelaki ini atas isu stand-up comedy

“Sengaja atau tidak sengaja menyuruh wanita bertudung membukakan tin beer untuknya atas nama Komedi”. Menarik pandangan kritis lelaki ini atas isu stand-up comedy

“COMEDY IS GREAT” – Katanya.

Sebab nak rasa diri tu ‘urban’ sangat, maka Stand-Up comics yang terang2 buat lawak kurang ajar yg langsung tak bersesuaian dengan adab dan budaya pun kita sokong. Kononnya atas nama seni. Adakah Stand-Up comic di dalam pic ini tidak sengaja menyuruh perempuan bertudung ini (lazimnya islam)membukakan tin beer untuknya ataupun dia mmg sengaja melakukannya atas nama KOMEDI. Apakah niat individu yang membuat post ini?

“Sengaja atau tidak sengaja menyuruh wanita bertudung membukakan tin beer untuknya atas nama Komedi”. Menarik pandangan kritis lelaki ini atas isu stand-up comedy

Nanti mesti ada yg cakap “Alah org islam yg minum beer pun ramai kau tak cakap”. Pada aku kalau individu minum beer itu dosa peribadi dia dgn Tuhannya tapi kalau ada org yg sengaja memperolok-olokkan hukum dlm agama kita di dalam masyarakat yg berbilang bangsa dan agama, itu kurang ajar. Aku tak bercakap soal dosa dan pahala. Aku cakap soal adab dan budaya kita.

Aku selalu bersembang dgn Brader Ronasina tentang satu golongan yang mmg sengaja bersikap kurang ajar dan mencabar. Yg lebih mendukacitakan ada diantara orang kita sendiri yg rasa malu bila nak bawa jatidiri melayu dan islam. Kononnya jatidiri melayu islam tak sync dgn urban lifestyle. Golongan inilah yang selalu mengabsahkan sikap kurang ajar yang tidak bertempat ini. Kalau kau kurang ajar dalam menuntut hak kau yg telah dizalimin, itu cerita lain.

Semasa menjadi moderator acara bedah buku Panggung Gasok di Kuantan Pickers bulan lalu, aku tanya Pak Nasir Jani, “Apa pandangan Bapak tentang keadaan masyarakat kita yang mahukan komedi di dalam semua hal. Ceramah agama komedi, DJ Radio komedi, rancangan TV Komedi dan kalau kita lihat content dalam media elektronik kita hampir 60% berunsur komedi. Apabila jadi hal yg serius masyarakat kita menjadi lembik. Tegur sikit merajuk. Marah sikit mengamuk.”

Pak Nasir Jawab,” Komedi tak salah, tapi Walau apapun komedi yang kita buat mestilah adalah statement dan kebenaran. Jika tidak komedi kita itu kosong dan tiada apa2 selain gelak ketawa. ”

Aku bukanlah anti komedi. Aku sgt suka komedi. Malah dalam keadaan aku serius macam Sir Alex Ferguson aku masih lagi boleh berkomedi. Dalam aku serius membuat ucapan2 di dalam majlis rasmi, aku masih sempat berkomedi. Cuma jujur aku katakan, aku benci komedi kurang ajar yang tak tahu bertempat. Terutama yang sengaja ingin merendah-rendahkan sesuatu bangsa, agama dan sifat kejadian manusia yang Tuhan ciptakan.

Semoga kita semua senantiasa di dalan rahmat bahagia Tuhan. Insya-Allah. – Sumber facebook : Ali Hassan Ahmad BinShamsudin

Baca: [Video] Sumbat Alat Kelamin Ke Mulut Pesakit Sewaktu Bersalin, Lelaki Ini Terima Akibatnya

Akibat tukar jantina, gadis ini terima akibat risiko terkena kanser

Shahrol Shiro Membidas Kenyataan Datuk Afdlin Shauki Kekalkan Kelab Komedi

Share This Story

Berita Berkaitan