“Penutupan kelab komedi tersebut tidak adil” – Syarifah Amani – Aktres hebat Sharifah Amani sependapat dengan aktor dan pengarah Datuk Afdlin Shauki menentang penutupan sementara Crackhouse Comedy Club selepas kelab bagi pelawak-pelawak solo (stand up) itu terpalit kontroversi membabitkan seorang individu.
Aktres hebat Sharifah Amani sependapat dengan aktor dan pengarah Datuk Afdlin Shauki menentang penutupan sementara Crackhouse Comedy Club selepas kelab bagi pelawak-pelawak solo (stand up) itu terpalit kontroversi membabitkan seorang individu.
Menurut Amani, 36, menerusi satu ciapan di Twitter dan Instastory, memaklumkan dia sendiri pernah membuat persembahan dan sering hadir menyaksikan pelawak-pelawak solo ini beraksi di kelab tersebut.
Tambahnya, selain tempat untuk mempamerkan bakat, dia bersama ahli keluarganya turut pernah meraikan ulang tahun kelahiran mereka di lokasi tersebut.
Jelas pelakon filem Mukhsin itu lagi, penutupan kelab tersebut tidak adil memandangkan ia hanya melibatkan seorang individu dan bukannya keseluruhan perniagaan.
Minggu lalu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak menghentikan sementara operasi premis berkenaan sehingga siasatan selesai.
Pada Isnin, Afdlin membangkang penutupan sementara kelab tersebut. Malah, penyampai radio dan pelawak Douglas Lim juga menegaskan bahawa lokasi kejadian iaitu Kelab Komedi Crackhouse di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) tidak sepatutnya disalahkan.
Terdahulu, paparan video berdurasi 54 saat yang menunjukkan seorang wanita tampil berpakaian sopan tiba-tiba menanggalkan pakaiannya dalam satu acara komedi di premis berkenaan tular di media sosial.
SUMBER : CARI INFONET
Baca: Shahrol Shiro Membidas Kenyataan Datuk Afdlin Shauki Kekalkan Kelab Komedi
Buat Persembahan Dalam Bahasa Tamil Semata Nak Perli Orang Melayu
[Video] Tular ! Wanita Mengaku Hafal 15 Juzuk Al-Quran Buka Baju Separuh Bogel