Suami Selingkuh Ketika Hamil, Wanita Ajak Pergi ke Tempat Kerja ‘Perampas’ – Mengetahui pasangan yang dikahwini selingkuh di belakang memang satu perkara yang cukup mengguris hati. Hati mana yang tak terkesan membayangkan kesetiaan dan kasih sayang yang dicurah selama ini dibalas dengan hakikat sudah pun diduakan oleh suami sendiri. Berat hati memandang berat lagi bahu yang memikul, namun wanita ini sama sekali tidak gentar.
Mana taknya, individu tersebut yang ketika ini sedang hamil bagaimanapun memberanikan diri membalas mesej yang dihantar perempuan simpanan kepada si suami. Meskipun hubungan terlarang itu difahamkan sudah pun diakhiri oleh lelaki tersebut, namun ‘penyondol’ masih lagi cuba untuk mengajak berjumpa.
https://www.tiktok.com/@yourbear_._/video/7120193950358490395?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7121606106673350145
Siapa sangka wanita tersebut akhirnya membawa pasangannya itu untuk makan di sebuah restoran. Rupa-rupanya lokasi berkenaan adalah tempat kerja ‘teman wanita’ kepada suaminya. Jelasnya, pelayan itu disorok pada awalnya kerana risau berlaku kekecohan. Walau bagaimanapun, akhirnya pihak manager meminta individu tersebut untuk melayaninya seperti bias.
https://www.tiktok.com/@yourbear_._/video/7121947669949467930?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7121606106673350145
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat perkongsian tersebut. Dalam pada itu, ramai yang memuji tindakan wanita hamil berkenaan yang tidak marah membuta tuli dan masih mampu kawal situasi dengan baik.
SUMBER : KISAHDUNIA
Baca : Kes ‘Ustaz’ rogol remaja, Wanita ini Dedahkan taktik licik perbuatan memalukan tersebut
Enggan buat seks oral, pelajar tingkatan 1 ancam kanak-kanak 10 tahun dengan pisau
“Kelahiran tidak normal” Alasan suami tinggalkan isteri selepas bersalin kembar 5