Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Tahniah ! Malaysia tambah lagi satu pingat Emas di Sukan Komanwel 2022

Tahniah ! Malaysia tambah lagi satu pingat Emas di Sukan Komanwel 2022

Skuad angkat berat menambah satu lagi pingat emas pada temasya Sukan Komanwel 2022 menerusi Muhamad Aznil Bidin selepas muncul juara bagi kategori 61 kilogram (kg) sebentar tadi.

Impian Aznil untuk meraih pingat emas di Sukan Komanwel sekali lagi terlaksana selepas melakukan angkatan keseluruhan sebanyak 285kg.

Tahniah ! Malaysia tambah lagi satu pingat Emas di Sukan Komanwel 2022

Kemenangan tersebut sekali gus memastikan Aznil menambah koleksi emas keduanya selepas merangkul emas tahun lalu di Gold Coast, Australia dalam kategori 62kg.

Atlet Papua New Guinea, Morea Baru yang dijangka memberi tentangan sengit terpaksa berpuas hati meraih perak selepas melakukan angkatan keseluruhan 273kg, manakala gangsa menjadi milik atlet India, Gururaja Poojary.

Terdahulu, Kontinjen Malaysia membutirkan kilauan emas pertama menerusi Mohamad Aniq Kasdan selepas melakukan angkatan terbaik sekali gus memenangi kategori 55kg. – KOSMO! ONLINE

Baca: Lagi bangunan pencakar langit terbaharu bernilai 1 trilion dollar bakal dibina di Arab Saudi

Mohon sekarang ! Bantuan Pengangkutan Awam Kerajaan MY50 untuk diskaun yang sangat murah

Intai Bini Orang Mandi, lelaki yang hanya berseluar kantoi gambar kena tangkap

Share This Story

Berita Berkaitan