Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Tengok bakal suami ‘tak malu’ masih dimandikan emak sendiri wanita ini batalkan perkahwinan

Tengok bakal suami 'tak malu' masih dimandikan emak sendiri wanita ini batalkan perkahwinan

Tengok bakal suami ‘tak malu’ masih dimandikan emak sendiri wanita ini batalkan perkahwinan. Seorang wanita di China membuat keputusan untuk membatalkan perkahwinannya setelah terkejut mendapat tahu bahawa calon suaminya itu masih dimandikan oleh ibu sendiri.

Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku di bandar Sutian, wilayah Jiangsu di mana kedua-dua bakal pengantin itu sedang membuat persiapan untuk majlis perkahwinan mereka yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Hendak dijadikan cerita, malam sebelum mereka berkahwin, wanita yang dikenali sebagai Chen itu singgah ke rumah bakal suaminya, Li sambil membawa beberapa barang serta ingin melihat persiapan majlis di sana.

Ketika dia melihat bakal ibu mentuanya masuk ke dalam bilik bakal suaminya, alangkah terkejut apabila dia ternampak wanita itu sedang memandikan Li. Malah, lelaki berkenaan seperti sudah biasa dimandikan kerana kelihatan begitu selesa.

Pelbagai prasangka timbul dalam fikirannya selepas melihat perkara yang tidak patut dilihat dan dia turut meluahkan rasa kecewa kerana tidak dapat menerima perbuatan terbabit.

Baginya, ia tidak normal bagi seorang lelaki dewasa yang bakal berkahwin masih dimandikan oleh ibunya sendiri. Lelaki seperti itu akan sentiasa ‘terikat’ dengan ibunya dan akan menyukarkan rumah tangga yang bakal dibina.

Susulan daripada kejadian berkenaan, Chen membuat keputusan untuk membatalkan perkahwinan mereka, namun keluarga bakal suaminya tidak dapat menerima penolakan berkenaan kerana segala persiapan sudah hampir siap.

Walau bagaimanapun, Li tampil mengatakan bahawa mereka sudah lama bercinta, jadi tiada sebab untuk bakal isterinya itu membatalkan perkahwinan. Ibunya turut berasa sedih dan tidak menyangka perbuatan terbabit akan memberi kesan yang buruk.

Sumber : Wolipop

Kes ‘Ustaz’ rogol remaja, Wanita ini Dedahkan taktik licik perbuatan memalukan tersebut

Jumpa hantu nak buat apa? Ustaz ini ajar cara doa yang paling singkat dan mudah ingat

Memalukan ! Penceramah bergelar Ustaz rogol gadis 14 tahun dicekup selepas buat ‘projek’ beberapa kali

Share This Story

Berita Berkaitan