Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Tragis ! Pelakon Porno Jepun dijumpai mati diikat di pokok dalam keadaan berbogel

Tragis ! Pelakon Porno Jepun dijumpai mati diikat di pokok dalam keadaan berbogel

Pasukan penyiasat mengesyaki bintang porno itu mula berkenalan dengan suspek utama menerusi aplikasi Twitter sebelum akhirnya bertemu di sebuah stesen kereta api di Ibaraki.

Seorang pelakon porno Jepun yang dilaporkan hilang pada awal bulan Jun ditemukan mati di sebuah hutan terpencil di Hitachiota, Ibaraki.

Menurut laporan Japan Times, Rina Arano, 23 dari Bunkyo, Tokyo ditemukan dalam keadaan tragis di mana mayatnya terikat pada sebatang pokok di kawasan cerun bukit dalam keadaan berbogel tanpa seurat benang pada 14 Jun lalu.

Polis menganggarkan bintang porno itu sudah pun meninggal dunia beberapa hari sebelum penemuannya, lapor The Sun pula.

Sehubungan itu polis telah menahan seorang lelaki, Hiroyuki Sampei yang didakwa sebagai suspek utama kes berkenaan memandangkan dia merupakan individu terakhir yang dilihat bersama aktres yang juga model itu.

Polis syak mereka berkenalan di Twitter
Pasukan penyiasat mengesyaki suspek dan Arano mula berkenalan menerusi aplikasi Twitter sebelum mereka akhirnya bertemu di stesen kereta api Mito, salah salah satu hentian bagi laluan kereta api East Japan Railway Company (JR East) di wilayah Ibaraki pada 5 Jun lalu – hari mangsa dipercayai hilang.

Menurut polis, sebaik menjemput Arano di sana, suspek kemudian dipercayai membawa Arano ke vila miliknya di Hitachiota yang juga terletak hanya 6 meter dari lokasi penemuan mayat bintang porno berkenaan.

Pertemuan kedua-dua mereka di stesen keretapi api itu turut berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang diletakkan di sana.

Polis jumpa bukti perbualan peribadi di Twitter

Menerusi laporan sama, polis turut menjumpai bukti mesej peribadi di antara kedua-dua mereka yang dilakukan ruangan Direct Message (DM) di Twitter.

Bukti tersebut berjaya ditemui pasukan penyiasat di dalam telefon pintar milik suspek.

Temui gambar Arano dengan tangan digari

Bukan itu sahaja, pasukan penyiasat turut dikatakan berjaya menjumpai bukti yang lebih kukuh untuk mengaitkan suspek apabila carian pada telefon pintar miliknya turut menemukan beberapa foto memperlihatkan pelakon porno itu sedang duduk dalam keadaan tangannya digari.

Suspek yang mengakui perkara tersebut bagaimanapun mendakwa perbuatan itu adalah atas kerelaan mangsa itu sendiri.

Dia dalam masa sama turut menafikan penglibatannya apabila mendakwa memang ada membawa Arano ke rumah percutiannya itu namun telah menghantarnya semula ke sebuah kedai berhampiran.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak selari dengan maklumat dari sumber yang mendakwa polis sudah pun menemui telefon milik bintang porno itu di rumah suspek pada Isnin (20 Jun) yang lalu.

Terdahulu keluarga Arano melaporkan kehilangannya pada 8 Jun selepas gagal mengesan wanita itu selama tiga hari. Segala usaha mencarinya turut buntu apabila panggilan tidak dijawab selain mesej juga tidak dibalas.

Polis Tokyo kemudiannya mula memulakan pencarian sehingga terpaksa menguar-uarkan perkara itu sebagai satu usaha untuk menjejak pelakon tersebut.

Baca: “Saya sempat tendang muka dan alat sulit” Pelakon Lufya berhadapan aksi sebenar berlawan dengan penculik yang ingin menculik anaknya

“Aku nak tanya, kau pernah tak bersetubuh dengan perempuan?” Surat Murid Perempuan Ajak Bersetubuh

Influencer Seksi Thai Mati Tercekik Satay Babi

Share This Story

Berita Berkaitan