Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Tragis ! Pengantin mati ditembak di majlis perkahwinannya sendiri

Seorang pengantin perempuan di Iran ditembak mati pada majlis perkahwinannya akibat terkena peluru ketika

Tragis ! Pengantin mati ditembak di majlis perkahwinannya sendiri. Seorang pengantin perempuan di Iran ditembak mati pada majlis perkahwinannya akibat terkena peluru ketika menjalani satu acara tradisi tempatan, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Mahvash Leghaei, 24, ditembak menggunakan sepucuk raifal yang sering digunakan untuk aktiviti berburu, oleh seorang tetamu. Tembakan itu turut mencederakan dua individu yang lain.

Peluru tersebut dilaporkan mengenai kepala mangsa, yang menyebabkan wanita tersebut koma sebelum disahkan meninggal dunia di hospital.

Menurut polis, penembak yang melarikan diri tersebut tidak mempunyai kemahiran dalam menggunakan senjata api.

“Sejurus menerima panggilan kecemasan dari sebuah dewan perkahwinan di bandar Firuzabad, kami mengerahkan beberapa anggota polis ke lokasi tersebut.

“Hasil pemeriksaan mendapati seseorang telah melepaskan tembakan menggunakan raifal yang digunakan untuk aktiviti berburu. Ia dilakukan sebagai mengikut tradisi penduduk tempatan.

“Bagaimanapun, disebabkan keadaan tetamu yang ramai dan ketidakcekapan suspek dalam menggunakan senjata api, tembakannya mengenai kepala pengantin perempuan dan dua tetamu lelaki,” kata jurucakap polis, Kolonel Mehdi Jokar.

Suspek disahkan sebagai seorang lelaki berusia 36 tahun yang identitinya tidak didedahkan, namun difahamkan merupakan sepupu kepada pengantin lelaki.

Tradisi melepaskan tembakan dalam majlis perkahwinan merupakan satu kebiasaan di negara-negara Asia Barat meskipun aktiviti tersebut adalah salah di sini undang-undang. – Agensi

Baca: Enggan buat seks oral, pelajar tingkatan 1 ancam kanak-kanak 10 tahun dengan pisau

Memalukan ! Penceramah bergelar Ustaz rogol gadis 14 tahun dicekup selepas buat ‘projek’ beberapa kali

Terpotong keseluruhan zakar ketika berkhatan, pemuda ini fail ganti rugi RM3.1 juta

Share This Story

Berita Berkaitan