Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Ukraine dan Russia Dijangka Menghentikan Sekatan Eksport Bijirin

Ukraine dan Russia Dijangka Menghentikan Sekatan Eksport Bijirin

Ukraine dan Russia Dijangka Menghentikan Sekatan Eksport Bijirin – Ukraine dan Russia dijadual menandatangani perjanjian menghentikan sekatan eksport bijirin dan menyelesaikan krisis makanan global hari ini, ketika saluran paip gas Moscow ke Eropah yang kritikal dibuka semula.

Bagaimanapun tiada penangguhan dalam konflik di lapangan, dengan artileri Russia semalam menggempur bandar kedua terbesar Ukraine, Kharkiv, selepas siri tembakan beberapa minggu.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres dijangka tiba di Turkiye untuk majlis menandatangani perjanjian bijirin di Istana Dolmabahce Istanbul, di Selat Bosphorus.

Jurucakap Presiden Recep Tayyip Erdogan, Ibrahim Kalin menerusi ciapannya berkata perjanjian itu akan ditandatangani di Istanbul, hari ini, di bawah naungan pemimpin Turkiye, Guterres serta delegasi Ukraine dan Russia.

Perjanjian besar pertama antara pihak bertelagah sejak pencerobohan Russia pada Februari lalu, itu menyusul ekoran lonjakan harga makanan global dan penduduk di beberapa negara termiskin di dunia berdepan kebuluran.

Perang lima bulan sedang berlaku di antara kawasan paling subur di Eropah membabitkan dua pengeluar bijirin terbesar di dunia.

Hampir 25 juta tan gandum dan bijirin lain disekat di pelabuhan Ukraine oleh kapal perang Russia dan periuk api diletakkan Kyiv bagi mengelak serangan amfibia.

Jurucakap Kementerian Luar Ukraine, Oleg Nikolenko, berkata delegasi Kyiv hanya akan menerima penyelesaian yang menjamin keselamatan wilayah selatannya, kedudukan tentera di Laut Hitam dan eksport produk pertanian.

Amerika Syarikat (AS) juga mengalu-alukan perjanjian itu tetapi menggesa Russia melaksanakannya dengan niat baik.

“Kita tidak sepatutnya berada dalam kedudukan ini sejak awal lagi,” kata jurucakap Jabatan Negara Ned Price, menuduh Russia ‘mempersenjatakan’ makanan.

SUMBER : BERITAHARIAN

Baca : Selepas COVID, WHO beri amaran Virus Cacar Monyet akan mengganas dan menjadi ancaman Dunia

Menyelami masalah peniaga, kerajaan yakin harga minyak masak botol akan diturunkan dalam masa terdekat

Tonton Mat Kilau PERCUMA, terhad 2,000 kekosongan sahaja

Share This Story

Berita Berkaitan