Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Van hilang kawalan dan terbalik, seorang pelancong maut

Van hilang kawalan dan terbalik, seorang pelancong maut

Seorang pelancong dari India maut manakala lima ahli keluarganya termasuk pemandu van cedera selepas kenderaan dinaiki terbabas di Kilometer 178.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, dalam kejadian pada 6.35 petang itu, van Toyota Hiace yang dipandu lelaki berusia 63 tahun itu dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis perkahwinan.

Menurutnya, sewaktu tiba di lokasi kejadian, van terbabit mengalami kebocoran tayar belakang sebelah kanan dan menyebabkan ia hilang kawalan sebelum terbalik di tengah jalan.

“Seorang wanita berusia 74 tahun dikenali sebagai Noorjahan Mohamed Yacoob disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Selain itu, lima lagi mangsa mengalami kecederaan parah termasuk pemandu manakala empat lagi tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat manakala lima yang cedera dikejarkan ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, semua mangsa yang cedera berusia antara 30 hingga 63 tahun dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Baca: Rogol nenek umur 100 tahun, lelaki ini mati diserang penduduk kampung

11 Petanda Rumah Berhantu Yang Dikongsikan Oleh Pakar Paranormal

11 Petanda Rumah Berhantu Yang Dikongsikan Oleh Pakar Paranormal

Share This Story

Berita Berkaitan