Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Vanidah Imran Sah Bergelar Isteri Kepada Pesilat Negara

Vanidah Imran Sah Bergelar Isteri Kepada Pesilat Negara

Vanida Imran pilih pesilat negara jadi suami. Sifat keibuan dan keupayaan hidup berdikari menambat hati pesilat negara, Arifabillah Idris menyunting pelakon, Vanidah Imran sebagai suri hidup hingga disatukan pada majlis pernikahan di sebuah premis acara di Titiwangsa di sini, pada jam 12.12 tengah hari tadi.

Dengan sekali lafaz, Vanidah atau mesra disapa Vee, 49, sah bergelar isteri kepada Arifabillah, 43, yang bertugas sebagai jurutera.
Menguasai ilmu Silat Cekak Pusaka Hanafi, Arifabillah pernah meraih pingat perak pada Chungju World Martial Arts Masterships (WMC) di Cheongju, Korea Selatan pada 2016.

Majlis akad nikah dikendalikan Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Muhammad Fairudz Saderi dengan berwalikan adik Vanidah iaitu Johan.

Majlis pernikahan tertutup itu dihadiri kira-kira 50 tetamu merangkumi ahli keluarga dan teman rapat.

Pasangan mempelai bagaimanapun merahsiakan jumlah wang hantaran atas permintaan keluarga.

Pengantin lelaki turut menyerahkan mas kahwin berbentuk seutas rantai emas dan masing-masing berbalas dua dulang hantaran.

Pasangan sama padan sama cantik itu mengenakan rekaan Rizman Ruzaini dan ditata rias Syed Faizal berlatarkan dekorasi sentuhan Ezsconcept.

Dua tahun merahsiakan hubungan mereka, Vee yang sudah empat tahun bergelar ibu tunggal mengaku keputusan berkahwin kembali bukanlah sesuatu yang mudah.

“Sejujurnya, mereka yang rapat sahaja tahu mengenai hubungan saya dan suami. Ini termasuklah keluarga dan dua anak, Mikail Aimran dan Maryam Rashika.

“Teman rapat pun hanya dimaklumkan beberapa hari sebelum majlis pernikahan. Ada antara mereka terkejut dengan berita ini, namun, pada masa sama, gembira dengan keputusan dibuat. Agensi

Baca: Selepas perkahwinan ke-11, wanita ini akhirnya gagal untuk mendapat jodoh ke-12
Wanita dicekup khalwat bersama lelaki lain ketika anak-anak sedang tidur
Tragis ! Pelakon Porno Jepun dijumpai mati diikat di pokok dalam keadaan berbogel

Share This Story

Berita Berkaitan