Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

[Video] Api marak dan asap tebal, penumpang terperangkap setelah kereta api berhenti di kawasan kebakaran

[Video] Api marak dan asap tebal, penumpang terperangkap setelah kereta api berhenti di kawasan kebakaran

[Video] Api marak dan asap tebal, penumpang terperangkap setelah kereta api berhenti di kawasan kebakaran.

Penumpang yang menaiki kereta api Sepanyol hampir menjadi mangsa kebakaran apabila kereta api yang mereka naiki berhenti seketika di tengah-tengah kebakaran hutan.

Perkhidmatan 9.30 pagi dari Madrid ke Ferrol itu melalui bandar Senabria yang ketika itu dilanda kemarau panas dan telah berlaku kebakaran hutan sejak beberapa hari kebelakangan ini.

[Video] Api marak dan asap tebal, penumpang terperangkap setelah kereta api berhenti di kawasan kebakaran
Kelihatan api marak disekeliling kereta api

Rakaman yang mengejutkan menunjukkan api menjilat di sekeliling tepi landasan manakala penumpang menjerit ketakutan seperti adengan filem

Dalam klip video itu, penumpang dilihat bercakap-cakap dalam nada yang senyap dan kemudiannya menjadi panik apabila mereka tidak berdaya keluar dari tingkap.

[Video] Api marak dan asap tebal, penumpang terperangkap setelah kereta api berhenti di kawasan kebakaran
Penumpang panik

Hanya beberapa meter dari tempat mereka duduk, api benar-benar boleh dilihat menyapu kawasan gersang dengan api dan asap memenuhi ruang udara.

Bercakap kepada akhbar tempatan El Diario, seorang penumpang bernama Francisco Seoane Pérez menggambarkan bagaimana pada masa itu dia dan rakannya tidak pasti sama ada mereka selamat atau tidak.

Dia berkata: “Apabila anda berhenti melihat ke luar satu tingkap untuk melihat keluar yang lain, api telah marak.” – Sumber: DailyStar

Baca: Pelancong malang ! Helikopter terhempas, mayat pula dimakan beruang

Anjuran Pesta Bogel Hingga 600 Lebih Pengunjung Yang Sertai

[Video] Makhluk Gergasi Yang Pelik Ditangkap Nelayan, Penduduk Bimbang Ia Petanda Gempa Bumi akan berlaku

Share This Story

Berita Berkaitan