Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

[Video] Berang dipecat, pekerja binaan roboh rumah yang dibina sendiri dengan jengkaut

Berang dipecat, pekerja binaan roboh rumah yang dibina sendiri dengan jengkaut. Seorang pekerja di Kanada bertindak menggunakan jengkaut untuk memusnahkan sebuah bangunan yang dibinanya kerana tidak berpuas hati akibat dipecat, lapor akhbar Mirror UK, semalam.

Seorang penduduk merakam kejadian tersebut ketika jengkaut itu menghancurkan bangunan di tepi tasik Pride of Rosseau Marina di Ontario.

Bangunan lain dilaporkan turut terjejas dengan seorang penduduk tempatan berkata bahawa kerosakan itu menelan belanja berjuta-juta dolar untuk dibaiki.

Polis turut dikerah ke lokasi kejadian, di mana seorang lelaki berusia 59 tahun kemudian didakwa melakukan ‘perbuatan khianat bernilai AS$5,000 (RM22,252)’ berhubung kejadian itu.

Dia dijadualkan hadir di mahkamah pada tarikh yang bakal ditetapkan.

Bangunan syarikat Pride Marine Group itu menawarkan perkhidmatan penyimpanan, perkhidmatan dan pembaikan bot.

Ia berpusat di antara tiga tasik besar Muskoka termasuk Rosseau, Muskoka dan Joseph yang merupakan destinasi musim panas popular untuk golongan kaya.

“Seorang pekerja yang tidak berpuas hati kerana dipecat dari pangkalan kapal persiaran berhampiran rumah tasik kami memusnahkan seluruh kawasan itu menggunakan jengkaut.

“Lebih satu bangunan telah rosak dan kos pembaikan dijangka menelan berjuta-juta dolar,” kata pemilik marina SWS Muskoka, Geordie Newlands kepada akhbar Calgary Herald. – Agensi

Baca: Tolong jangan pergi stesen minyak sorang-sorang wanita ini kongsi pengalaman hitam

Aktiviti memancing bertukar tragedi wanita hilang disambar buaya

Dakwa ada skandal lelaki penggal kepala dan bawa kepala isteri yang dipenggal ke balai polis

Share This Story

Berita Berkaitan