[Video] “Jiran dari neraka” Lelaki tampar kucing dengan kuat sampai tercampak cetus kecaman netizen. Haiwan diciptakan otak tapi tidak memiliki pemikiran yang waras seperti manusia, bahkan haiwan juga mempunyai sifat kasih sayang. Namun, sebaliknya segelintir manusia pula bersifat seperti binatang yang tidak memiliki akal.
Perkara ini sama seperti kelakuan seorang lelaki yang bertindak menampar seekor kucing dan boleh disifatkan tidak berperikemanusian.
Perbuatan lelaki itu dirakam menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) dan rakaman tersebut dimuat naik oleh Persatuan Haiwan Malaysia pada laman Facebook.
Berdasarkan rakaman video, kucing tersebut memanjat dan melalui tembok sebuah rumah dan secara tiba-tiba seorang lelaki menampar haiwan itu sehingga jatuh ke lantai.
Persatuan Haiwan Malaysia memaklumkan pada hantara Facebook, kejadian itu difahamkan berlaku di Kulim, Kedah.
Meninjau ke ruang komen, rata-rata netizen mengecam akan tindakan lelaki tersebut yang disifatkan kejam.
Dalam masa yang sama, ada juga menyatakan bahawa kemungkinan lelaki tersebut bertindak sedemikian kerana kucing itu telah melakukan kesalahan sehingga membuat lelaki berkenaan marah.
SUMBER : Facebook Persatuan Haiwan Malaysia
Baca: Gangguan elektrik besar-besaran hari ini serentak bagi beberapa negeri