Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

[Video] Makhluk Gergasi Yang Pelik Ditangkap Nelayan, Penduduk Bimbang Ia Petanda Gempa Bumi akan berlaku

[Video] Makhluk Gergasi Yang Pelik Ditangkap Nelayan, Penduduk Bimbang Ia Petanda Gempa Bumi akan berlaku

[Video] Makhluk Gergasi Yang Pelik Ditangkap Nelayan, Penduduk Bimbang Ia Petanda Gempa Bumi akan berlaku – Sekumpulan nelayan di Chile berjaya menangkap seekor ikan gergasi sepanjang 4.8 meter 16 kaki yang mencetuskan kebimbangan masyarakat setempat, lapor akhbar.

Ini berikutan kepercayaan tahyul masyarakat tempatan bahawa gempa bumi akan berlaku selepas kemunculan ikan gergasi itu yang dikenali sebagai ikan dayung oarfish.

Ikan itu ditangkap di luar pantai Chile dan orang awam yang tinggal di bandar Arica berpusu-pusu ke jeti untuk melihat haiwan ganjil tersebut.

Rakaman yang dikongsi di laman TikTok menunjukkan ikan yang panjang dan bertulang itu dicangkuk di kepala ketika pekerja pekerja memindahkannya ke darat.

Ikan dayung yang juga digelar King of theHerrings itu memiliki panjang hampir 5 meter.

Rakaman video itu mendapat 10 juta tanda suka. Namun ia turut menimbulkan kebimbangan penduduk tempatan yang khuatir penemuannya adalah petanda gempa bumi dahsyat akan berlaku.

“Isunya sekarang ke mana kita akan melarikan diri jika be ncana ini berlaku,” komen seorang pengguna media sosial.

Sesetengah orang juga percaya bahawa sesiapa yang menemui ikan dayung akan disumpah, manakala kemunculannya di dunia manusia adalah petanda buruk.

Saintis mengingatkan bahawa tiada kaitan sah antara kewujudan ikan oar dan gempa bumi, namun penyelidik mengakui bahawa haiwan itu mungkin boleh merasakan bencana alam.

Pensyarah biologi haiwan di Anglia Ruskin University di Cambridge, Rachel Grant berkata, gempa bumi meningkatkan tekanan dalam batu yang melepaskan ion bercas elektrik dalam air.

“Ia membawa kepada pembentukan bahan kimiatoksik hidrogenperoksida. Ion bercas ini juga menyebabkan pengoksidaan bahan organik sama ada boleh membunuh ikan ini atau memaksanya naik ke permukaan,” katanya.

SUMBER : ROSEMERAH

Baca : Pasangan OKU maut dilanggar, pemandu MyVi mabuk tak mengaku bersalah
Sedih ! Kucing Kesayangan Dimakan Ular Sawa Ketika Pulang Beraya
Video pekerja terima bungkusan yang menakutkan undang rasa seram netizen

Share This Story

Berita Berkaitan