Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

[Video] Guru ajar murid guna Kondom undang pelbagai reaksi netizen

[Video] Pelajar Di Sekolah Diajar Oleh Guru Cara Guna Kondom

[Video] Guru ajar murid guna Kondom undang pelbagai reaksi netizen. Tak dapat dinafikan, masalah gejala sosial di kalangan pelajar sekolah masih lagi wujud dari zaman dulu sehinggalah sekarang.

Disebabkan ini, ada beberapa orang yang berpendapat bahawa pendidikan seks amatlah penting untuk diajar di sekolah bagi mengelakkan isu seperti mengandung anak luar nikah dan kes pembuangan bayi.

Namun begitu, cadangan ini turut ditentang keras oleh ramai pihak ekoran merasakan pendidikan seks hanya akan menggalakkan pelajar sekolah membuat perkara tak senonoh.

[Video] Pelajar Di Sekolah Diajar Oleh Guru Cara Guna Kondom

Baru-baru ini, satu video yang dimuatnaik di TikTok telah tular di media sosial menunjukkan sekumpulan pelajar sekolah di Sarawak sedang belajar cara untuk memakai kondom dengan betul.

Dalam video tersebut, dapat dilihat sekumpulan pelajar ini sedang diajar untuk meletakkan kondom dengan betul ke objek yang berbentuk zakar di atas meja sambil diperhatikan oleh seorang guru.

[Video] Pelajar Di Sekolah Diajar Oleh Guru Cara Guna Kondom

Video viral ini jelasnya telah mengundang pelbagai reaksi dari netizen. Ada yang merasakan ianya merupakan satu inisiatif yang bagus dalam sistem pendidikan di Malaysia dan ada juga yang tak bersetuju.

[Video] Pelajar Di Sekolah Diajar Oleh Guru Cara Guna Kondom

SUMBER : LOBAKMERAH

Baca : Sarah Hildebrand Sertai U.S Air Force, Pernah Umum Bersara Dari Dunia Hiburan

Kanak-kanak 5 tahun terjatuh ke dalam pembentung

Pemerdagangan manusia : Malaysia gagal capai piawaian minimum – Laporan

Share This Story

Berita Berkaitan