Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Wanita mati terkejut setelah hilang tangan dan kaki diserang jerung ketika mandi

Wanita mati terkejut setelah hilang tangan dan kaki diserang jerung ketika mandi

KAHERAH, MESIR – Seorang pelancong wanita maut selepas hilang tangan dan kaki akibat diserang seekor jerung di pusat peranginan terkenal di Mesir, Jumaat lalu, lapor akhbar Mirror UK.

Insiden itu berlaku di Sahl Hasheesh, sebuah teluk yang terkenal di pantai Laut Merah Mesir, berhampiran dengan bandar Hurghada.

Wanita dari Austria berusia 68 tahun itu meninggal dunia di dalam ambulans akibat terkejut selepas diserang.

Rakaman video memaparkan mangsa bertungkus-lumus berenang ke pantai dalam keadaan berlumuran darah selepas kehilangan tangan dan kakinya.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu bagaimanapun tidak berani untuk membantunya.

Dalam pada itu, laporan lain menyatakan bahawa pelancong bergegas keluar dari air apabila wanita itu diserang dan cuba mengalih perhatian jerung tersebut daripada mangsa.

Mangsa dikatakan telah berkahwin dengan seorang lelaki Mesir dan tinggal di negara itu bersama suaminya.

Susulan kejadian itu, aktiviti termasuk berenang, menyelam dan memancing dari kawasan Sahl Hasheesh ke Teluk Makadi dilarang selama tiga hari, kata laporan tempatan. – Agensi

Baca: Tragis ! Pelakon Porno Jepun dijumpai mati diikat di pokok dalam keadaan berbogel

Baran kena jeling, cucu tampar muka nenek dan lempar baldi ke adik

‘Geli Tekak’, Wanita Beli Kentang Goreng Tapi Sudah Penuh Kulat

Share This Story

Berita Berkaitan