Sistem parking berlampu merupakan salah satu kemudahan yang sudah lama diguna pakai dalam negara Malaysia. Ia memudahkan dan menjimatkan masa pengunjung untuk meletakkan kenderaan semasa pergi ke pasar raya.
Bagaimanapun, baru-baru ini satu akaun TikTok dipercayai milik warga Amerika telah memuat naik video keterujaannya melihat sistem parking berlampu yang digunakan pada kawasan parkir Taman Tema Disneyland.
Video tersebut dikongsikan semula oleh pengguna Twitter @izzahibrahim__ dan telah mendapat pelbagai reaksi oleh pengguna platform terbabit. Rata-rata berasa geli hati melihat keterujaan warga Amerika tersebut.
Aku jam jap tgk ni. America, literally the most powerful country in the world allegedly, just discovered how to make parking system efficient 😭😭 pic.twitter.com/HH99viYmJ6
— izzah ibrahim (@izzahibrahim__) July 3, 2022
Pada masa sama, warganet rasa tertanya-tanya, bagaimana kemudahan asas seperti sistem berkenaan baru sahaja wujud pada negara yang didakwa paling berkuasa di dunia ini. Agensi
Baca: Menakutkan ! Ini kesan jika beri anak gajet pada awal usia, ibu ini beri nasihat supaya jangan ulangi kesilapan lagi
Peta Paling ‘Details’ Untuk Permukaan Bulan, Kajian 10 Tahun Saintis China
5 Benda Ini Sepatutnya Patut Ada Di Dalam Kereta Pada Tahun 2022