Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

11 tahun hidup bersama Mizz Nina akhirnya bercerai

11 tahun hidup bersama Mizz Nina akhirnya bercerai

Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh mengesahkan sudah berpisah dengan isterinya, Mizz Nina selepas 11 tahun hidup bersama.

Noh dan Mizz Nina berkongsi berita perpisahan secara serentak menerusi laman Instagram (IG) masing-masing.

Noh berkata, keputusan dibuat bersama, namun, tidak berkongsi tarikh perceraian.

“Saya dan Nina ingin berkongsi pengumuman penting.

“Selepas berfikir dan membuat pertimbangan dengan teliti, kami bersetuju untuk berpisah dan meneruskan hidup mengikut haluan masing-masing.

“Alhamdulillah, kami bersyukur kepada Allah kerana mengizinkan kami meluangkan masa bersama selama 11 tahun yang cukup indah, penuh pasang surut dan pengembaraan,” katanya.

Pun begitu, Noh tidak mahu peminat bersedih kerana mereka tetap berkawan baik.

Dan dalam masa sama, Noh memohon peminat menghormati privasi mereka.

“Jangan risau, kami tetap berkawan dan mendoakan yang terbaik untuk satu sama lain.

“Kita hanya boleh merancang, tetapi perancangan Allah lebih baik. Banyakkan berdoa untuk kami terutama dalam tempoh edah ini.

“Kami menghargai sekiranya semua orang menghormati privasi kami.

“Memetik surah al-Hujurat ayat 12, jangan membuat spekulasi atau menyebarkan andaian palsu mengenai kami bagi mengelakkan fitnah.

“Doa anda kami perlukan,” katanya.

Noh turut berterima kasih kepada orang ramai yang banyak memberikan sokongan kepada mereka selama ini.

Terdahulu, Noh dan Mizz Nina dikatakan sudah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, di sini, semalam.

Memetik laporan Harian Metro, Noh dan Mizz Nina memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur pada 14 Jun lalu.

Difahamkan, perceraian di bawah kod kes 055 iaitu permohonan lafaz talak dengan kebenaran mahkamah.

Noh dan Mizz Nina mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011. Pasangan itu mengambil anak angkat, Baby Musa pada Mac lalu.- BH

Baca: Ada 8 sebab kenapa Movie Thor Love and Thunder tidak ditayangkan di Malaysia, sebab ke-4 ni memang winn ?

“Saya sempat tendang muka dan alat sulit” Pelakon Lufya berhadapan aksi sebenar berlawan dengan penculik yang ingin menculik anaknya

RUU Perlindungan Perkahwinan Songsang Diluluskan di Parlimen, 267 wakil rakyat sokong

—————————————————————————

Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di

Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9

Share This Story

Berita Berkaitan