Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Ada 8 sebab kenapa Movie Thor Love and Thunder tidak ditayangkan di Malaysia, sebab ke-4 ni memang winn ?

Ada 8 sebab kenapa Movie Thor Love and Thunder tidak ditayangkan di Malaysia, sebab ke-4 ni memang winn ?

Teori satu.

Ada babak LGBT seperti anak ada dua ayah, cium sesama jantina,

Teori dua.

Babak hina Tuhan, nak bunuh tuhan, sebab dalam Islam tak boleh main dengan nama Tuhan, untuk dongeng kita sebut dewa dewi tanpa merujuk pada Tuhan, tapi dalam filem ini guna “god” maka tak sesuai.

Teori tiga.

Thor bogel, bukak baju waktu menyanyi pun salah di Malaysia ini, maka bogel lagilah salah tambah ada babak lelaki teruja tengok Thor bogel.

Teori empat

Thor takut pada Mat Kilau, Thanos 80 juta kutipan tertinggi kena tapau bila Melayu bersatu, maka lebih baik mengalah.

Teori lima.

Black out di semenanjung dua tiga hari yang lepas.

Teori enam.

Disney kecewa Kelantan tiada pawagam.

Teori tujuh.

Disney marah pasal filem lightyear kena haram. Lalu Disney membuat keputusan untuk tidak menayangkan di Malaysia setelah enggan mematuhi beberapa syarat tertentu, termasuk menyunting bahagian yang mempromosikan gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transgender.

Teori lapan.

Disney marvel baru tahu kutipan wayang 50 peratus minggu pertama dapat kat pawagam dan cukai hiburan sebanyak 25 peratus dapat kat kerajaan yang tak sokong LGBT.

Ini sebab kenapa Movie Thor Love and Thunder tidak ditayangkan di Malaysia ?

Woha!

Apapun teori yang tersebar, abang keretamayat sangat sokong usaha Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) yang tegas bab LGBT, babak lucah, hina Tuhan, dan lain lain.

Teruskan menapis gejala tak elok dalam filem sebab Malaysia negara Islam.

“Tapi abang mayat, tak nampak sangat Malaysia ni negara Islam.. rasuah, arak, macam negara kafir jer, macam mana tu?”

Baik, mari kita ulangkaji,

Alkisahnya, Bila kita pergi pasar malam, takde pulak kita jumpa label pasar malam, tapi kalau korang tanya budak-budak pun tahu itu pasal malam.

kenapa?

kerana kat situ ada amalan pasar malam;

Apa amalan pasal malam?

Ada orang jual, ada orang beli dan pada waktu magrib… tapi malam esoknya orang dah tak panggil pasar malam lagi dah, walaupun tempat yang sama..sebab dah tak ada amalan pasar malam..!

Sama juga padang bola yang ada wayang pacak, tanpa lebel orang tahu itu wayang pacak sebab ada amalan orang sedang tengok wayang di tengah padang, tapi esok bila orang main bola dah tak dipanggil wayang pacak lagi sebab dah takde amalan wayang pacak, Al faham ke idop?

Jadi… kat Malaysia tempah tumpah darah mak waktu lahirkan kita, Sesetengah tempat memang macam negara islam… sesetengah tempat memang macam setan. .oh..tepuk dada tanya iman…

Oleh yang demikan adalah penting kita orang-orang islam mewujudkan amalan islam yang boleh di katakan sebagai rupa islam!

Apa itu rupa Negara Islam?

Penduduknya jaga solat Jemaah. Tengok wayang pun pilih waktu yang jauh dari solat agar tak tertinggal solat berjemaah, alhamdulillah..

Alkisahnya Semalam singah di pasar malam Kuantan, bila azan magrib, maka antara kedai kedai ada disediakan ruang untuk bersolat, ada khemah, ada karpet, ada lori sediakan air ambik wudhu, malahan ada tabir untuk perempuan.

Pasar malam sebeginilah yang mesra syariah.

Alhamdulilah.

Maka bila iqamat berpusu pusu pembeli dan penjual datang solat dan oleh sebab ruang yang terhad, maka solat telah di buat shift.

Bab kata sahabat Abdullah r.a, bila azan di Madinah, semua orang termasuk pembeli dan penjual pergi bersolat, maka menjual tak salah, jadi kaya tak salah, yang penting jangan tinggal perintah Allah, lalu sahabat ini berkata sewaktu lihat peniaga dan pembeli solat awal waktu:

“Inilah mereka yang perniagaan dan jual beli tak menghalang dari ingat kepada Allah”

Alhadulilah,

Cerita bab pasar malam, ada kisah Saidina Umar bila tengok ramai orang yahudi berniaga di pasar, (sebab zaman tu orang Islam dah ramai yang kaya kerana banyak rampasan perang), maka saidina Umar suruh orang islam pergi berniaga agar ekonomi tak dikuasai mereka.

Maka tak salah berniaga, tak salah jadi kaya, yang penting dapat taat perintah Allah sama ada kaya atau miskin.

Rujuk Rukun Islam yang wajib, ada dua tempat perlu pada wang iaitu zakat dan haji, maka jangan kata Allah tak suruh kita cari wang, dan jangan kata salah jika orang islam jadi kaya. Jangan harankan apa yang halal.

Dalam hadis bagitahu tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima, InsyaAllah, jadi kaya bukan haram, jadi miskin pun tak haram, tapi menyusahkan orang memang haram.

Akhir kata,

Panggung wayang tak haram yang haram perbuatan…

Sungguh Kita perlukan jutawan Islam yang berani buatkan perubahan kepada system berunsur maksiat.

Disney beli Starwars, beli Marvels, beli Pixars, lepas tu sebar agenda LGBT, adohai..

Twitter penuh maksiat?, penuh video lucah?, Elon Musk dah beli tak tahu apa nexy dia nak sebrakan..

Maka kita orang islam tak perlu berbalah pasaraya haram, pangung wayang haram, biskut haram semua, kita kena mulakan usaha masing masing dan memang kita perlukan jutawan Islam yang berani buatkan perubahan kepada system berunsur maksiat.

Tengok juara UFC Khabib yang jutawan lepas pencen, beli Gorilla Fighting Championship (GFC), dan tukar kepada EFC yang merupakan singkatan dari Eagle Fighting Championship.

Lepas tu Khabib nak hapuskan Ring Girl, iaitu Wanita seksi pegang sepanduk bagitahu Round game, kata Khabib.

“Ring Girl dan sukan MMA takde kena mengena langsung!”

Atau Bahasa tersiratnya, Haram tengok perempuan seksi.

Maka jika ada jutawan islam, selain terbitkan filem berunsur islamik, bagus beli terus panggung wayang dan buat undang undah patuh syariah, tiada filem waktu azan, ada surau, jual makanan islamik, jaga batas pergaulan, dan sebagainya…

Maka kena ramai jadi jutawanlah!

Disco haram? beli disco, tukar tarian lagha kepada zikir zihri! Thor haram? Beli disney lepas tu kita islamkan semua watak marvel kecuali Ms. Marvel… Sekadar menyebut contoh…

Maka abang doakan siapa siapa baca status ini menjadi kaya raya, hingga mampu mencegah maksiat dengan kekayaan!

Woha!

Ya Allah, jadikanlah kami orang islam bebas dari penyakit wahan dan kaya raya hingga mampu bayar zakat RM satu juta!

Amin.

Sumber : Facebook HAMKA (Kereta Mayat)

Baca: Doktor ini kata bahaya kencing berdiri ini sebab yang kita sendiri tak perasan

Netflix bakal kehilangan dua juta pelanggan dan bakal ‘gulung tikar’ ramai yang ramal ini sebabnya

[Video] Elakkan makan tiga makanan ni selepas makan buah pisang, doktor ini jelaskan sebabnya

Share This Story

Berita Berkaitan