Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Amaran cuaca buruk bagi 8 negeri hari ini

Amaran cuaca buruk bagi 8 negeri hari ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan melibatkan lapan negeri sehingga 10.00 pagi ini.

MetMalaysia dalam pemakluman di Facebook berkata, cuaca buruk itu berlaku di negeri di seluruh Lembah Klang, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Amaran cuaca buruk bagi 8 negeri hari ini

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Perak melibatkan Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim sementara Pahang membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong.

“Negeri Sembilan pula membabitkan enam kawasan iaitu Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin manakala Johor melibatkan kawasan Tangkak dan Muar,” menurut agensi itu.

Katanya, amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.- FMT

TS Khalid Ibrahim Ini jasa besar beliau menyelamatkan ekonomi Malaysia yang ramai tak tahu

Ada 8 sebab kenapa Movie Thor Love and Thunder tidak ditayangkan di Malaysia, sebab ke-4 ni memang winn ?

Gila ! Nak nampak kacak lelaki bedah hidung sendiri tiru tutorial di youtube

Share This Story

Berita Berkaitan