Amaran hujan lebat dan ribut petir di 7 buah negeri hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan melibatkan tujuh negeri sehingga 10.00 pagi ini.
MetMalaysia dalam pemakluman di Facebook berkata, cuaca buruk itu berlaku di negeri di sebahagian Lembah Klang, Putrajaya, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Di Selangor, antara kawasan dijangka terjejas adalah Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Perak melibatkan Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak sementara Negeri Sembilan membabitkan Seremban, Port Dickson dan Rembau.
“Johor pula membabitkan dua kawasan iaitu Tangkak dan Muar,” menurut agensi itu.
Katanya, amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.- FMT
Baca: Suhu Panas Yang Melampau Mencetus Malapetaka Dahsyat Di Eropah
Berang rakan buat laporan penyelewengan wang ke SPRM suspek toreh tangan rakan dengan pisau
—————————————————————————
Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di
Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9