Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Amaran Ribut Petir hari Ini untuk 5 negeri ini

RIBUT PETIR

Amaran Ribut Petir hari Ini untuk 5 negeri ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan melibatkan lima negeri sehingga 10 pagi ini.

MetMalaysia dalam pemakluman di Facebook berkata, cuaca buruk itu berlaku di negeri Perak, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Sarawak.

Di Selangor, antara kawasan dijangka terjejas adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak sementara Negeri Sembilan membabitkan Port Dickson.

“Sarawak pula membabitkan dua kawasan iaitu Samarahan dan Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga),” menurut agensi itu.

Katanya, amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Baca: Bahaya main Slime ? Wanita ini kongsi pengalaman yang berlaku kepada anak buahnya yang bermain Slime

Suhu Panas Yang Melampau Mencetus Malapetaka Dahsyat Di Eropah

Seram ! Upacara Ma’Nene tradisi pelik di Indonesia ini masih lagi diamalkan di sana

Share This Story

Berita Berkaitan