Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Anak mengamuk tetak bapa saudara dengan parang selepas ditegur

Anak mengamuk tetak bapa saudara dengan parang selepas ditegur

Anak mengamuk tetak bapa saudara dengan parang selepas ditegur. Seorang warga emas cedera akibat ditetak dengan parang oleh anak saudaranya kerana menegur lelaki itu mengamuk dalam kejadian di Kampung Lok Urai di Pulau Gaya, pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa berusia 73 tahun luka di kepala akibat ditetak suspek lelaki yang berusia 45 tahun.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, laporan dibuat oleh mangsa selepas bimbang dengan tindakan suspek yang mungkin menyebabkan kejadian lain.

anak tetak bapa saudara dengan parang

“Ketika kejadian, suspek mengganggu penduduk dengan membaling batu dan kayu beruti ke rumah penduduk di kawasan tersebut tanpa sebab.

“Mangsa cuba menegur perbuatan suspek tetapi suspek balik ke rumahnya dan mengambil parang sebelum datang semula lalu menetak kepala mangsa hingga luka,” katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Mohd Zaidi berkata, suspek melarikan diri masuk ke hutan selepas melihat kepala mangsa yang berdarah.

“Mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Queen Elizabeth 1 (HQEI) dan membuat laporan untuk makluman keselamatan kerana bimbang suspek bertindak lebih ganas,” katanya.

Mohd Zaidi berkata, susulan daripada laporan itu, suspek ditahan pada jam 4.30 petang hari sama di sebuah rumah tidak bernombor di kampung berkenaan.

“Hasil siasatan, suspek tidak bekerja dan seorang penagih dadah. Suspek ditahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya. -Sinar Harian

Baca: Dakwa kuliah Subuh bising lelaki mengamuk rampas mikrofon penceramah

Persoal kentang dah goreng sejuk, pekerja McD ditembak pelanggan

Tak puas hati rambut kena potong pelajar pukul cikgu dengan batang penyapu

—————————————————————————

Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di

Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9

Share This Story

Berita Berkaitan