Memberikan anak menonton video tapa pengawasan mengundang bahaya. Kandungan yang tidak sesuai seperti ganas, jenayah dan negatif kini muncul di dalam sesetengah video di seperti di Youtube.
Pakar Keibubapaan ini berkongsi bagaimana pengaruh televisyen atau video yang tidak sesuai boleh mampengaruhi kehidupan anak-anak.
“Anak saya tengok cerita bunuh-bunuh dia OK je. Dia ketawa pulak tu.”
“Anak saya tonton babak perempuan mengandung kena pijak perut sampai mati, dia tak de lah trauma pun. Tak habis-habis cakap trauma.”
“Masa kecik-kecik dulu aku tengok je cerita ganas-ganas ni tapi bila besar aku tak de lah bunuh orang pun.”
“Semuanya nak kaji, semuanya tak boleh. Tak suka tak payah tonton.”
Menonton cerita-cerita yang memaparkan babak keganasan TIDAK SEMESTINYA menjadikan seorang kanak-kanak itu ganas dan membunuh.
Terdapat banyak faktor lain lagi yang menyumbang kepada tingkah laku ganas dan ‘psycho’ selain dari menonton cerita-cerita genre sebegitu.
Bagaimanapun sekiranya faktor-faktor lain – Contohnya keluarga, rakan, guru, pembelajaran, atau cinta monyet- tidak seperti yang diharapkan oleh si anak, ia boleh menjadi ‘trigger’ ataupun pencetus kepada keganasan.
Babak-babak ganas ataupun ‘psycho’ yang kerap ditonton anak selama ini cenderung untuk ditiru bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Terutamanya masalah yang tidak boleh dan tidak dapat diluahkan selama ini.
Dalam kes di India ini, pelajar tersebut menghadapi masalah dalam pembelajaran. Dia sering dimarahi guru dan guru juga melaporkan kepada ibubapa tentang pencapaiannya yang tidak memuaskan.
Apabila disoal-siasat, pelajar mengaku dipengaruhi oleh filem “Agneepath” yang ditontonnya di mana watak utama membalas dendam atas ketidakadilan yang berlaku.
Selalunya babak ganas dan ‘psycho’ ditonjolkan apabila watak dalam filem merasakan tiada lagi jalan keluar dari permasalahan yang dihadapi.
Kanak-kanak yang dibiarkan menonton cerita-cerita ganas atau bermain permainan video yang berunsur ganas TIDAK SEMESTINYA menjadi ganas tetapi mereka BERISIKO untuk menjadi ganas apabila adanya ‘trigger’ kerana meniru aksi dan perbuatan yang ditonton.
Kanak-kanak yang kerap terdedah pada keganasan di media:
Sedangkan banyak lagi cara untuk selesaikan masalah tanpa menjadi ganas.
Apabila mempunyai masalah, anak masuk ke dalam dunia yang ‘ganas’ dan ‘psycho’ itu lalu meniru.
Jangan merasakan ‘it’s OK’ untuk anak menonton filem ganas dan bermain permainan video yang ganas terutamanya tanpa pemantauan dan tanpa perbincangan hanya kerana ‘Aku dulu OK je.”
Dunia anak-anak kita sekrang tidak sama dengan dunia kanak-kanak kita dulu.
Tekanan yang dihadapi oleh anak-anak kita sekarang tidak sama dengan tekanan yang kita hadapi dulu.
Apabila menonton dengan anak-anak pilihlah filem atau drama yang sesuai dengan nilai dan perkembangan.
Sumber Facebook
Baca: Menakutkan ! Kisah ngeri ini jadi sebab kenapa kena berhati-hati berkawan di media sosial..
Anak-anak ketagih bermain gajet ? Ibu ini kongsi 5 kaedah berkesan jauhi anak dari gajet